~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, August 4, 2008

DEWASAnya Sebuah PENGALAMAN

kita sering disuakan dengan ungkapan.. “pengalaman mendewasakan”. tapi bagi diriku.. dewasanya sebuah pengalaman, itulah yang mendewasakan seorang manusia.. mematangkan seorang insan.

apa bezanya??

PENGALAMAN MENDEWASAKAN..

bagiku .. pengalaman itu menjadikan seseorang lebih dewasa. lebih tepat menjadi pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama untuk kali yang kedua dan seterusnya. SATU UNGKAPAN KLISE! pengalaman yang memalukan, memualkan, hitam putihnya sebuah pengalaman... sebenarnya menjadikan kita manusia, mungkin serik atau lebih kuat untuk meneruskan hidup ini yang belum tercatat tapi telah termaktub dalam janji Tuhan yang PASTI.

DEWASANYA SEBUAH PENGALAMAN..

ungkap mindaku dan bisik fikir pada logik akal (tafsiran seorang insan yang masih Hijau dengan Hitamnya kehidupan) ... dewasanya pengalaman adalah dinilai dari tahap demi tahap dalam hidup ini dengan renung dan fikir yang penuh kejujuran dan kesedaran.

sememangnya diakui.. pengalaman mendewasakan tapi dewasa yang bagaimana? dewasa dengan rasa malu.. dewasa dengan rasa bangga.. atau dewasa yang bagaimana sebenarnya? terpulang.. tepuk fikir tanya minda!

.. dan bagaimana pula dewasanya sebuah pengalaman? atau dengan kata lain.. bagaimana sebuah pengalaman itu dikatakan matang, bukan ‘keanak-anakan’ lagi?

bila kita meletakkan selangkah tapak ke depan, kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. semestinya tidak sesekali mengulangi kesilapan yang sama apalagi mengulangi kesilapan orang lain.

antara logik akal, rasional fikir dan rintih hati dan dijurikan dengan minda yang positif serta dihakimi dengan semangat yang optimis... maka lahirlah sebuah pengalaman yang dewasa.. dewasa dengan kesedaran.. dewasa dengan keberanian untuk mengakui kesalahan dan dewasa dengan penuh ketenangan serta rasa syukur kerana masih bernafas untuk meneruskan hidup ini yang tidak sesempurna mana.

2 comments:

Akak said...

Salam Kasih...

Pada akak PENGALAMAN mengajar erti kehidupan kerana kehidupan kita tidak seindah warna pelangi ianya penuh onak dan duri, ranjau & belantara yg harus diredahi, kepahitan & kelukaan yg silih berganti...

AzmaMurni Aziz said...

salam rindu buat akak..

betul akak.. pengalaman mengajar makna kehidupan yang sebenarnya... ajaran yang tidak terdapat dalam mana-mana buku sekalipun. manakala kehidupan pula mengajar kita agar tidak terlalu berserah dan pasrah semata...