~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Friday, August 8, 2008

Harga Sebuah Kenangan

seketika.. bila merenung kembali hari-hari yang telah dilalui, bagaikan kehilangan kata-kata untuk menyusun urutan-urutan ingatan menjadi sebuah cerita yang boleh diulang tayangkan di ruang ingatan. segalanya kosong.. seperti semalam tak pernah wujud dalam hidup seorang AKU. lalu...

tika perlahan kubuka pintu ingatan
yang kutulis dalam diari peribadi
dengan segaris ragu
tika kuselak helaian demi helaian
yang tercatat hanya KOSONG!

percaya atau tidak.. yang paling berharga dalam hidup seorang manusia adalah KENANGAN. lebih bernilai daripada harta segunung atau wang bertimbun.

tiba-tiba ingatan ini melayang dan singgah pada seraut wajah.. TOK WAN. seorang lelaki yang cukup kukagumi kehadirannya. semasa hayatnya, dia sering bercerita padaku tentang masa silamnya.. suatu nilai yang tidak ternilaikan.. tok wan punya ingatan yang cukup utuh. itulah harta paling berharga padanya dalam kekaburan mata yang menjadi teman akrabnya.

di penghujung hayatnya yang masih tersisa.. tok wan tak pernah lagi melangkah jauh dari halaman rumah... langkahnya cuma bertawaf keliling rumah atau setidaknya mendengar kekalutan dunia dari kaca tv atau corong radio. lalu tika sesekali aku bersimpuh di sisinya (dalam waktu yang sedesas nafas), aku didendangkan dengan cerita-cerita masa lalunya.. berlagukan senyum yang tak pernah lekang di bibir tua tok wan.

sekilas tika kupandang wajah tua itu.. tuturnya satu persatu bagaikan ingin menghambat putaran waktu agar setiap kenangan yang tersimpan kukuh dapat diuraikan satu demi satu. dalam sinar mata tok wan yang kian pudar, kulihat betapa setiap ujaran kenangan itu bagaikan talian hayat yang harus digenggam erat. dalam senyum dan diam tok wan dan dalam getar suara tuanya dapat kufahami...

tika usia bertandang senja
tika mata tak lagi bercahaya
tika langkah tak lagi semaju dulu
yang berharga bukan lagi wang berjuta
yang bernilai bukan lagi pangkat segala
yang tak ternilai adalah kenangan
tiada cagaran...
tiada bayaran...
hanya sebuah jaminan
hidup ini masih punya nilainya
selagi ingatan masih punya KENANGAN...

(Al-Fatihah buat Tok Wan tersayang.. semoga rohnya sentiasa dicucuri dengan rahmat dan dalam lindungan-Nya sentiasa. Amin..)

7 comments:

Akak said...

Salam Kasih...

Selamat pagi, semuga ceria hari ini yea..

Alfatihah buat arwah TokWan..

Akak suka baca yg nie:

tika usia bertandang senja
tika mata tak lagi bercahaya
tika langkah tak lagi semaju dulu
yang berharga bukan lagi wang berjuta
yang bernilai bukan lagi pangkat segala
yang tak ternilai adalah kenangan
tiada cagaran...
tiada bayaran...
hanya sebuah jaminan
hidup ini masih punya nilainya
selagi ingatan masih punya KENANGAN...


- Dlm usia yg meningkat, sering mengimbau kenangan masa lalu, yg pahit mahupun yg manis, mempelajari ilmu yg tidak diajar disekolah melainkan, membersih kesalahan lalu, mewarnai kehidupan baru -

AzmaMurni Aziz said...

salam akak...

apa yang Kasih tulis.. itulah yang Kasih lihat pada arwah tok wan. betapa kenangan adalah harta yang paling berharga apabila usia semakin meningkat dan satu persatu orang-orang yang kita sayangi serta teman-teman seusia pergi menyahut panggilan Ilahi.

bersyukurlah kerana kita masih punya ruang menganyam jalinan-jalinan kenangan untuk menemani kita apabila tiba masanya nanti...

Anonymous said...

al fatihah....

Tie said...

Salam ziarah..kenangan .. itulah yg paling berharga..

AzmaMurni Aziz said...

idzaris... terima kasih.. sesungguhnya hanya doa yang menjadi penyambung kasih sayang kita dengan insan-insan yang disayangi setelah pemergian mereka menemui kekasih yang SATU.


tie.. hai.. salam.. terima kasih kunjungi laman qasih.kenangan yang manis jadikan sebagai teman yang menyokong di kala kita sendirian. kenangan yang pahit jadikan sebagai perangsang untuk hidup yang lebih baik.. fikirkan dari sisi yang positif kerana kadangkala yang pahit itu akan menyedarkan kita bahawa kita adalah manusia yang masih punya perasaan...

suara said...

Salam kasih..

Kenangan erk...
Erm..

'Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa...' Benarkah begitu? Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa, lalu menilai kesannya pada hati dan jiwa.

Kemudian akan wujudlah pilihan samada untuk mengingati atau melupakan. Yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara yg tersendiri.

Semoga kenangan mampu menjadikan kita insan yg lebih baik dari semalam.

AzmaMurni Aziz said...

salam dari qasih untuk suara..

betul tu.. apa sekalipun tafsiran yang kita berikan pada kenangan tapi yang pastinya... setiap kenangan itu akan meninggalkan kesan pada diri kita. selebihnya terpulang pada diri kita bagaimana untuk mengadun setiap kenangan itu menjadi satu acuan yang indah untuk menghiasi hidup kita di hari mendatang.