~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Sunday, August 10, 2008

Indah Tapi Menyakitkan...

“Kasih sayang adalah pengorbanan yang tidak akan ada akhirnya”

menyayangi dan disayangi adalah satu ANUGERAH yang paling indah dan istimewa. namun seringkali apabila kita menyayangi seseorang... terlalu amat mudah untuk kita sakiti hati orang yang menyayangi kita atau insan yang kita sayangi. dengan sedar atau tanpa sedar... yang indah akan terlalu menyakitkan bila sentuhannya kian jauh... bila kehangatannya kian sirna.

10 comments:

Akak said...

Salam...

Cantik bunga tu akak suka..

suara said...

Salam Qasih...

Benar sekali... tapi saya selalu ingat; kasih sayang itu milik Allah. Lalu pada Allah perlu kita kembalikan segala kasih sayang itu dan pada Allah jua kita mohon kasih sayang tu agar kekal dimiliki...

Teringat doa slps solat dhuha yg antara maksudnya adalah utk meminta supaya didekatkan apa yang jauh dan dipermudahkan apa yang sukar.

Qasih said...

salam akak.. kalau akak suka Kasih hadiahkan bunga tu untuk akak ye ;)


suara.. sesungguhnya kasih sayang Allah itu tak ternilai.. itulah kasih sayang yang terindah...

Tie said...

Kasih ..sifat murni yang tak mengharapkan sebarang balasan..Cuma harapan pada yang dikasihi..agar sentiasa bahagia dunia dan akhirat.

Qasih said...

tie.. bila segalanya diterima dengan seadanya yang penuh kesederhanaan.. di situlah letaknya kebahagiaan. tapi sebagai manusia yang banyak khilafnya, sedikit walau tak banyak.. kita pasti menginginkan balasan walaupun setitis kasih sayang...

azlanlin said...

Kasih sayang mampu memberikan kesan yang berbeza. Menyenangkan dan menyakitkan..

Kasih sayang yang MENYENANGKAN wujud apabila tingkahlaku kita tepat seperti keinginan dan kehendak pasangan kita.

Kasih sayang yang MENYAKITKAN wujud apabila tingkahlaku BERTENTANGAN dengan keinginan dan kehendak pasangan kita. Maka pasangan kita akan merungkai satu persatu tingkahlaku yang bertentangan itu secara berhemah. Pastinya pedih dan menyakitkan apabila di dengari.

Semua ini bertujuan, untuk meningkatkan kasih dan sayang... Bayangkan jika tiada kata-kata menyakitkan, tentunya kita mengandaikan tingkahlaku kita diterimanya.

Bagi meningkatkan kasih sayang, kedua-dua pasangan perlulah bertindak sebagai PEMBERI & PENERIMA mengikut kesesuaian masa dan saling melengkapi antara keduanya.. Sekian.

Qasih said...

azlanlin... terima kasih untuk bait kata-kata yang amat bermakna untuk direnung-renungkan dan difikir-fikirkan.

sememangnya kasih dan sayang ialah satu rasa, satu jiwa, satu kata yang punya seribu satu tafsiran. antaranya ada tangis, sendu, luka, airmata juga senyuman dan tawa ria.

walau apa sekalipun tafsirannya... cuma ingatlah... tinggalkan sedikit rasa kasih dan sayang itu untuk diri kita sendiri agar bila kecewa bertandang, kita masih punya rasa kasih untuk terus berdiri meneruskan hidup ini...

KAMSIAH HJ YUSOFF said...

biasanya org yg paling kita sayangi
yg kerap membuat kita kecik hati,terkadang sakit hati..maybe dia tak sedar..

Qasih said...

kamsiah.. itulah tandanya kasih sayang masih ada.. sebab biasanya kita takkan peduli kalau orang itu bukan orang yang kita sayang, kan. walau apapun, sayangilah Allah yang pertama kerana kita pasti takkan kecewa dalam limpahan kasih sayang-Nya.

reez said...

bunga
seri mekar dan ayu
layu suram dan hening

bunga
sirami sentiasa
agar mekar selalu