~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, August 2, 2008

MotivaSI dan AKU

aku gemar menjelajah ke dalam dunia motivasi menerusi buku-buku motivasi yang tak pernah surut di mana-mana cermin kedai atau kaca tv. bukanlah bermakna aku perlukan lebih motivasi untuk terus hidup. juga bukan bermakna aku terlebih motivasi sehinggakan terlebih masa untuk menjadi pendengar setia pada setiap masalah yang wujud di dalam dunia.

cuma sesekali bila kesedaran menjengah dalam diri.. dan bila akal fikir mula berdetak.. aku ajukan sebaris kata pada diri sendiri.. yang sebenarnya pernah kudengar dendangannya di antara buku-buku motivasi yang pernah kujamah dan kumamah lumat isinya.

“apa yang kita cari dalam hidup ini sebenarnya..”

“benarkah kita benar-benar bahagia..”

“bilakah saatnya kita benar-benar bahagia..”

“sebenarnya.. kita bekerja untuk hidup atau hidup untuk bekerja...”

sebaris kata-kata yang sebenarnya sering kita pandang dengan ekor mata. soalan remeh yang langsung tidak penting untuk dimuatpadatkan dalam otak fikir kita. itulah anggapan kita atau tanggapan yang sering kita hamparkan bila persoalan tentang hidup menjengah rutin harian.

apapun... kita di sini, di pentas yang maha besar ini.. kita sering lupa. aku juga sering lupa, terlupa atau buat-buat lupa yang hidup kita ini tidaklah sepanjang mana. dan masa yang diberikan pada kita untuk mencanai sebuah kesedaran sebenarnya tidak sesingkat mana.

untuk terus hidup aku perlukan ingatan agar tidak tersilap melangkah. dan untuk ingatan itu, aku perlukan seseorang yang boleh berjaga tika aku terlena kerana..

dalam sedar kita sebenarnya terlena
dalam lena kita sebenarnya terjaga
terkadang antara mimpi dan impian
batasnya cuma segaris yakin.

2 comments:

ku tak sempurna said...

aku sk bhn bacaan yg mendidik jiwa. Nak ucap slmt tinggal pd buku yg sentiasa berfantasi, menyebabkan kita tak hidup di alam realiti. Semoga kt sama istiqamah

Qasih said...

Qasih to ku tak sempurna..

tak semua orang suka baca buku yang mampu mendidik jiwa. apapun segalanya bermula dari dalam diri kita. buku2 motivasi cuma sebagai penggerak sahaja. tepuk dada tanya diri, intai jiwa kenali hati dan bersyukurlah... kerana kita masih berpijak di bumi nyata.. :)