~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, September 29, 2008

Buatmu Yang Bergelar SAHABAT..

Di sini tiada getar suara yang bertingkah memeriahkan suasana. Hanya getar rasa yang bermukim jauh di sudut hati yang paling dalam.. disentuh dan tersentuh oleh lirikan tinta yang bisu. Di sini tatkala tinta bermadah kata.. Qasih persembahkan buatmu yang bergelar sahabat.. biarpun bicara dan senda kita hanya di maya ini.. amat Qasih hargai.. lalu terimalah...


( Buat semua yang sudi berkunjung ke teratak kecil Qasih... TERIMA KASIH daripada Qasih buat semua. Dan sudikanlah terima pemberian kecil ini daripada Qasih.. SALAM DI AIDIL FITRI BUATMU SAHABAT )

2 comments:

ryann said...

sedap ayat-ayat qasih. selamat hari raya

Qasih said...

selamat hari raya ryann.. ;)