~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, September 22, 2008

Hatiku tersentuh lagi...

kubuka mata yang terpejam. cuba mencari seraut wajah itu. wajah yang kudambakan sekian lama. wajah yang kurindukan berkurun lama.

di situ kulihat wajah itu. wajah yang kuinginkan mengisi segenap ruang yang sarat dengan rindu yang tertahan. kurenung wajah yang mendamaikan itu tapi hanya seketika. pantas.. waras menyedarkan aku. wajah di depanku ini bukanlah wajah yang ingin kusentuh kasihnya. hanya iras yang sama... tapi mataku tetap pada wajah itu seakan aku melihat dia berada di depanku.

sesaat hati rasa disentuh. mata kian kabur dan... rindu yang tak tertahan akhirnya gugur jua.. rintik di jari. entah mengapa.. rasa mengajak pilu lalu mengundang sebak yang bertandang.

walaupun bukan dia di depanku namun pandangan ini bagai terkaku di situ. sesungguhnya aku merindui saat-saat itu...

setiap kali aku pulang... dia satu-satunya yang setia menunggu. seawal subuh, dia telah siap sedia menantikan kepulanganku. perhatiannya itu cukup membuatkan aku terharu. tutur dalam bicaranya yang masih kuingat... hadir aku dinanti tanpa sabar kerana hanya aku satu-satunya yang cukup betah melayan kerenahnya.

aku yang begitu payah untuk menitiskan air mata akhirnya tewas jua. ujaran kata-kata yang kudengar itu tanpa sedar telah melembutkan hatiku yang sekeras batu.

tiba-tiba lamunanku terhenti membawa aku ke alam sedar. kembali kucari wajah itu. kurenung dari atas ke bawah sambil fikirku ligat berbicara. kalau tidak dihitung kesabaran, ingin saja aku mendekati wajah di depanku itu untukku luahkan segala persoalan yang bermain di mindaku saat ini.

“atuk nak ke mana?”

“atuk seorang saja?”

“atuk tinggal dengan siapa?”

“kenapa atuk jalan seorang diri?”

rupanya dalam sedar yang berbeka di hati, aku mengeluh sendiri bila mengenang sikap segelintir manusia yang cukup miskin kasih di hati. mungkin aku yang dibesarkan dengan kasih sayang seorang datuk dan nenek begitu mudah tersentuh hatiku bila melihat seorang tua berjalan sendirian membawa nasib diri. pantas fikirku membayangkan dia yang kusayang berjalan sendirian di kota besar ini.. tanpa ditemani. lalu hatiku tersentuh lagi....


( Hari ini genaplah 5 tahun Tok Wan pergi.. serasa baru semalam suaranya menyapa telingaku.. senyumnya menghias pandangku. hati ini rindu.. terlalu rindu dan akan tetap rindukan hari-hari semalam.. cerita tentang seorang cucu dan datuk... Al-Fatihah buat Tok Wan... )

10 comments:

Sufi Idany said...

Alfatihah utk dia yang pergi... kerana perjalanan kita juga menuju ke destinasi yang sama dengan janji Allah yang serupa....

~~~~
maaf menyapa tanpa izin...
url dari sedetik hati (sis Azza)

Slam Ta'aruf dari Ida

Sufi Idany said...

akak, nak tggl kat shoutbox akak tk bleh... mtk izin kat sini je ek ...

bleh ida add link akak?

Indah Hairani said...

Salam terindah buat sdr. Qaseh..

Akak said...

Salam Qasih...

Alfatihah buat arwah Tok Wan & mereka yg telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita...

Nanti singgah blog akak ambil kad yea..

KTS said...

salam Qasih,

memang lain bila dibesarkan oleh datuk dan nenek.. sbbnya aku tgk datuk & nenek akan curahkan kasih syg yg lebih berbanding ibu bapa krn datuk & nenenk punya lebih masa... aku rasa la...

AzmaMurni Aziz said...

sufi idany..
sesungguhnya perjalanan kita belum sampai ke hujung... di sini hanyalah satu persinggahan untuk menuju ke destinasi yang satu..

*terima kasih sudi menyapa dan meninggalkan jejak yang cukup bermakna.


indah hairani...
semoga ukhuwah ini berpanjangan.. selamanya...


akak...
terima kasih kerana mendoakan..

*nanti Qasih ke 'rumah' akak ye.. :)

AzmaMurni Aziz said...

ku tak sempurna..

bagi Qasih.. seorang anak yang dibesarkan oleh datuk dan nenek atau ibu dan ayah.. tidak ada bezanya.. limpahan kasih sayang daripada keduanya tidak terbatas oleh masa mahupun ruang. kalaupun wujud perbezaan hanyalah satu.. cara bagaimana seseorang anak dididik untuk menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia. sama ada didikannya berpaksikan agama atau sebaliknya...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik Qasih..
Tsentuh jg dgn coretan dik itu..
Sesiapapun yg pnah mrasa ksh syg drpd datuk & nenek, pasti tkenang situasi yg sama- lbh2 lg stlh mrka "pergi dulu"..
Hanya DOA- yg mdekatkn kita dgn org tsyg yg tlh pergi..

[Doa buat mereka jgn sesekali ditinggalkn wpun sehari!]

AzmaMurni Aziz said...

abg amal..
terima kasih kerana mengingatkan.. Insyaallah, Qasih takkan lupa untuk mendoakan insan-insan yang amat Qasih sayangi.. arwah tok wan yang memberikan kasih seorang ayah, ibu yang belum sempat Qasih rasai kasihnya juga arwah makngah yang begitu memahami...

Sufi Idany said...

Qasih.... idany juga di besarkan oleh datuk n nenek.... hingga skang masih dengan nenek .... Arwah Datuk dh pergi 9thn lalu....

kasih syg tetap sama cuma dulu... jiwa ni sering memberontak.... mencari2 jawapan yang tk pasti.... hingga Arwah Datuk menyinga dengan karenah kebudak2an sy... mklum laa time ti belum mengenal erti hidup.... hanya sarat dengan benci dan amarah yang tiada punca....