~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Friday, September 5, 2008

HIJRAH


Gugus-gugus seroja yang gugur
dengan renjisan air di kali
seringnya melayarkan seribu rindu
dalam detik-detik terakhir
di saat kecundangnya
nafas keegoan
dalam dakapan
keinsafan
dan
hangatnya
rangkulan kesedaran
dibelai jemari tulus
yang rintik di pipi mulus
lalu membuahkan nekad yang rimbun
di taman impian yang satu
Hijrah!

4 comments:

SHIMI said...

Hijrah perlu pengorbanan. Semoga hijrah yang dihajati itu terlaksnana

AzmaMurni Aziz said...

terima kasih shimi... manisnya hijrah itu kerana ditemani oleh tulusnya pengorbanan & didampingi oleh kentalnya kesabaran...

KTS said...

salam penghijrahan :D

AzmaMurni Aziz said...

terima kasih... :)a