~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, September 13, 2008

Satu Ketika.. Kukorbankan Segala

seketika fikiran ini melayang jauh ke satu masa yang silam. seperti hanya jasad yang bersimpuh di sini sedang minda dan hayalku telah kembali mengutip tiap langkah yang kuatur pada hari-hari semalam yang telah kutinggalkan.. yang kenangannya cuma berbayang di minda. terkadang hilang.. terkadang jerihnya mengusik ketenangan hari ini.

masih kuingat..
satu ketika...

tidak pernah terfikir di benakku.. tentang perancangan hari ini apalagi untuk merancang hari esok. aku seakan tenggelam dalam ruang yang terbatas, lemas dalam arus kesibukan yang tak pernah surut. Hidupku, mindaku dan jasadku pada saat itu hanya satu...kerja. aku dambakan segalanya pada kerja sehingga aku lupa betapa indahnya sinar mentari kerana pulangku sering bertemankan sinar rembulan. terkadang pulangku diiringi titisan embun pertama yang menyentuh bumi.

kuserahkan segala pada yang bernama kerja. seringnya diri ini dihujani dengan leteran kerana aku cukup tidak betah berlama-lama bergurau-senda bersama keluarga. di benakku saat itu hanya satu... kerja harus ku utamakan.

aku bagai lupa dunia sekelilingku. duniaku hanya teman-teman sekerja, beberapa blok bangunan yang wajib kujelajahi setiap hari, juga timbunan ratusan puluhan kerja yang menuntut tarikh akhir di luar logik akal manusia biasa. segalanya kulakukan dengan penuh minat dan tanggungjawab. tiada gaji tambahan... kukorbankan segala... cuti hujung minggu juga waktu santai dan lenaku.

ya, aku lepaskan segala yang dipanggil kehidupan. aku lupa bagaimana untuk menikmati hidup ini sebenarnya.. sewajarnya...

sehinggalah..
pada satu ketika...

sedang aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, memandu dengan minda yang kosong sambil membuang pandangku ke jalan yang bertali arus... membawa aku ke alam sedar untuk aku menyoal diri.. kembali...

sehingga bila
harus kukorbankan setiap detik yang bermakna bagi sebuah kehidupan
hanya untuk memenuhi tuntutan kerja?

sehingga bila
harus ku berjaga walau dalam lena
hanya untuk ku abaikan kepentingan sendiri?

lalu kupanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana aku belum terlewat untuk menyedari bahawa hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan.. terlalu manis untuk dilupakan dan terlalu bermakna untuk dibiarkan.. kerana sesungguhnya hidup ini satu anugerah yang tak ternilai!

6 comments:

SHIMI said...

Mungkin itu juga adalah terbaik padamu ketika ini. Tuntutan kerja itu juga satu ibadah

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik qasih..
Ada kala, kita perlu menilai kehidupan sendiri- di mana kebahagiaan hakiki. Jangan biarkan persekitaran membelenggu diri, seterusnya menyekat kita drpd mengecap nikmat Tuhan.
Firman Allah SWT bermaksud -
"Dan carilah pada apa yg tlh dianugerahkan Allah kpdmu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi.." - al-Qasos, ayat 77
Abg doakan smga dik Qasih sihat sejahtera dlm mgerjakn ibadah & mjalankn tugas..
Wassalam.

Kamsiah yusoff said...

takde istilah terlewat utk kita buat sesuatu perubahan dlm hidup..

AzmaMurni Aziz said...

shimi...
kerja sehingga meletakkan keluarga di tempat yang paling akhir bukanlah satu ibadah.. sehinggakan nikmat ramadhan juga sukar untuk dirasai apalagi untuk mencari ruang bersujud pada-Nya di bulan yang mulia ini.

tapi itu semua cerita lama.. sedar bertandang sebelum terlewat.. alhamdulillah.. Qasih bahagia dengan pilihan yang Qasih pilih.. bersama anak2 kecil yang tulus hatinya.. biarpun kerja sekarang tidak seGah kerja dahulu.. sekurang2nya, kini Qasih punya ruang dan masa untuk bermuhasabah diri.. mendekati cinta-Nya dan meletakkan keluarga di sisi...


abg amal...
benarlah.. kita perlu menilai hidup ini agar seimbang kedua-duanya.. dunia dan akhirat. syukur yang tidak terhingga pada-Nya yang telah mengejutkan Qasih agar tidak terus terleka.. kini Qasih bahagia.. bekerja untuk memenuhi tuntutan hidup.. bukannya hidup untk memenuhi tuntutan kerja semata. hidup lebih bererti bila kita tahu menilai dan menghargai makna kehidupan yang sebenarnya..


kak kam..
apabila kesedaran mengetuk pintu hati dan bila diri tak lagi gentar untuk terus melangkah melepasi batas garisan yang pernah kita lukiskan... saat itu tiada istilah terlewat dalam hidup untuk mencari sesuatu yang lebih baik.. lebih bermakna dan mendekati kesempurnaan.. Insyaallah..

FieasHBL said...

kak qasih...:)

cantiknya bait2 kata.

AzmaMurni Aziz said...

dik fifie,

kak qasih cuma sekadar tintakan apa yang kak qasih rasa.. yang tidak terluah oleh bicara.. tidak terlafaz oleh kata.. ;)