~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Tuesday, October 14, 2008

Masih Ada Rindu...


hari ini aku menyusuri kembali laluan kenangan di tempat yang pernah aku tinggalkan dulu. seakan baru semalam kaki ini melangkah pergi dari situ. segalanya masih kelihatan sama... cuma dengan wajah yang baru.

kupandang sekeliling bagai ingin merakam kembali setiap kenangan yang ada di situ. rupanya... di situ masih ada rindu.. masih ada kasih dan masih ada sayang yang mendalam di situ. ingin sekali aku kembali ke situ dan mengulangi semula segala yang telah aku tinggalkan.

ketika aku mengira kembali tiap detik yang telah kutinggalkan jauh di dinding kenangan yang telah terpahat di setiap penjuru tempat itu... tiba-tiba sebaris kata-kata yang sering kudengar bermain di minda...

“untuk apa dikenang perkara yang telah berlalu...?”

“kenapa ingin mengulang kembali apa yang telah ditinggalkan? bukankah apa yang ada hari ini sudah lebih baik?”

aku mengeluh sendiri dan bertanya diri... salahkah untuk kembali semula ke pangkal jalan kalau itu mampu menjadikan kita manusia yang lebih baik dari hari ini? salahkah untuk mengenang kembali hari-hari semalam yang telah ditinggalkan... kalau ianya meninggalkan seribu satu kemanisan yang mampu mengundang senyum di hati?

ya.. serasa aku ingin kembali ke situ sekali lagi. empat tahun membina kenangan dan mengumpul pengalaman menjadikan aku sukar untuk melupakan tempat itu. di situ aku kenal erti manusia dan kemanusiaan. di situ aku kenal tingkah dan laku manusia.

hakikatnya.. tempat itu banyak mengajar aku menjadi manusia yang sebenarnya manusia. manusia yang penuh dengan rasa kemaafan... penuh dengan rasa amarah jua penuh dengan rasa kesedaran dan insaf diri.

di situ.. aku kenal diri.. kenal hati.. kenal rasa juga kenal jiwa. banyak kali atau lebih tepat seringkali aku berdepan dengan kepuraan manusia menjadikan aku berpijak pada nyata. pernah aku berdepan dengan manusia yang menjadikan pangkat dan wang ringgit sebagai nilaian rasa hormat. juga bukan sekali dua aku bertemu dengan kesantunan Melayu yang kian pudar.

walau apa sekalipun... tempat itu banyak mengajar aku mengenal manusia dan kemanusiaan. dan tatkala aku kembali ke situ untuk kesekian kalinya.. dapat kurasakan.. masih ada rindu di situ. rindu yang mengajar aku mentafsir makna hidup ini dalam ruangnya sendiri... yang tidak kutemui dari mana-mana naskhah yang kemas tersusun di tempatnya.

10 comments:

Akak said...

Salam Qasih...

Apa khabar? lama tk sempat nak menjenguk kesini...

Sufi Idany said...

Qasih:
mengapa kita terus menyusuri kenangan? pada sufi, kerana dengan adanya kenangan kita ada sempadan utk di teladani.... pada kenangan terukirnya rindu mcm yang Qasih katakan...

tak salah kita kembali ke permulaan jalan... kerana mungkin kita akan temui titik mula yg baru dalam idup....

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik Qasih..
1. tiap peristiwa adalh utk DIKENANG kemudian hari. manis @ tangis, tawa @ lara, semestinya akan membekas & berparut di persada ingatan.
2. kita BELAJAR daripada peristiwa dulu, kelmarin, semalam, utk mjadi @ mbuat yg tbaik pd hari ini, esok & seterusnya..
3. kdg kala kita perlukn kenangan silam sbg PENGUBAT rasa..
4. kita tdk dpt kbali kpd peristiwa dulu lagi, tp mgkin kita tringin utk mgecap suasana yg sama (khususnya yg manis/ceria). mengimbau kbali pristiwa itu psti mberi sstu yg amat menDAMAIkan..
5. blh jadi pula sstu yg dulunya pahit & sakit, akan mjadi madu & pnawar kmudiannya..
[apa2pun kenangan yg menerjah di ingatan, semoga sglanya meruang peluang utk kita mdekati al-KHALIK..]
Salam ingatan buatmu, dik..

SaDi said...

kenangan untuk kita jadikan teladan di masa akan datang :)

Sufi Idany said...

tuk abg Amal....
terima kasih... perkongsian yang cukup bermakna...

AzmaMurni Aziz said...

Buat akak..
salam penuh kasih dari Qasih... Qasih baik-baik aje. terima kasih kerana masih meletakkan Qasih di hati dan ingatan...


buat sufi, abg amal dan sadi..
coretan tinta kalian memberikan erti yang amat bermakna buat Qasih.. tiada lafaz terindah yang mampu Qasih ucapkan melainkan... terima kasih teman..

suara said...

Salam qasih...
Kenangan. Bagi Su ia lebih ketara dlm ingatan. Tempat hanya sebagai latar sahaja.

Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa, lalu menilai kesannya pada hati dan jiwa. Kemudian akan wujudlah pilihan samada untuk mengingati atau melupakan. Yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara yg tersendiri.

Seseorang berkata... 'jangan pandang belakang kerana memandang kebelakang kita mungkin akan cedera. Tapi jadilah seperti pemandu yg tengok cermin pandang belakang untuk mengelakkan diri dari tercedera.'

hertiny said...

Salam Qasieh,
lama akak tak jln2 kat sini. qaseh sihat? sambut raya kat mana?

AzmaMurni Aziz said...

su..
kenangan bagi setiap orang punya tafsiran dan makna tersendiri,kan. yang pasti.. kenangan itulah yang menjadikan diri kita lebih matang dan berani untuk mendepani hidup ini walaupun tika bersendirian..


hertiny..
terima kasih kerana masih menyimpan Qasih di sudut ingatan.. Qasih biasa2 saja cuma makin sibuk dengan aktiviti di sekolah.. games carnival, konsert, report card day dan macam2 lagi yang tak terfikir...

KTS said...

tempat jatuh lagi dikenang
ini pula tempat bermain

:D