~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Wednesday, November 5, 2008

Debat FIKIR dan RASIONAL

Bertanya pada diri
tentang takdir dan suratan
tentang hati dan budi
tentang hari ini dan semalam.

Lantas fikir membuka hikayat
rasional lantang mendebatkan.

Kata fikir:
takdir mengajak kita pasrah
suratan mengajar kita berserah.

Kata rasional:
takdir menuntut ketabahan
bukan sekadar pasrah semata
suratan menggamit kesedaran
agar tak kecundang dan hanya berserah.

Kata fikir:
hati itu lukisan keinsanan
budi itu cerminan peribadi.

Tapi kata rasional:
hati itu tak seluhur keinsanan
bertiangkan emosi berpasakkan nafsu
budi itu sekadarnya bukan peribadi
tunjangnya budaya akarnya bangsa.

Hujah fikir:
hari ini harus ditempuh
semalam harus ditinggalkan
kerana semalam telah berlalu
dan takkan mengubah hari ini.

Namun rasional tetap menegaskan:
tanpa semalam
hari ini hanyalah omongan kosong
dan igauan semata.

5 comments:

Sufi Idany said...

baca nukilan dari tinta Qasih kali ni buat sy terfikir berkali-kali.... berdebat dengan hebat dan akhirnya saya akui dengan rasionalnya sy pada jalan yang tk sepatutnya...

dah lama mengakuinya, sudah berkeputusan cuma langkah blum diatur seperti kehendak akal yang rasional....

Qasih... kdg2 kan dlm diam kita bermonolog antara akal dan hati... resah rasa dan keliru di jiwa.

"Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya Kaktus berduri. Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu. Saya sedih & kecewa. Namun kemudiannya, Kaktus itu berbunga, indah sekali. dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. kadang2 kita sedih, kecewa, terluka.... tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..."

AzmaMurni Aziz said...

sufi..
kata-kata yang penuh makna.. sesungguhnya setiap yang terjadi itu walau pahit mana sekalipun.. akan datang manisnya sekiranya kita letakkan keyakinan kita pada Dia yang telah mengaturkan segala.. dalam aturannya yang Maha Sempurna..

suara said...

Seseorang pernah berkata...
Sesetengah perkara,
Jangan terlalu banyak berfikir
Jangan terlalu kerap menyoal
Jangan terlalu suka mencari punca
Kerana ia akan hanya menambahkan sakit dan luka.

Betul juga, kan?

Sufi Idany said...

Salah sorg Fasilitator time Kursus Kenegaraan that ada ada bg kata2 ni.... just to share ngan akak....

"Tersepit biar kita di tepi,
Tertindih biar kita di atas dan
Terkurung biar kita di luar"

anything yg akak fikir?

AzmaMurni Aziz said...

suara..
betul tu.. Qasih setuju.. tak boleh terlalu berfikir tapi sesekali kena fikir-fikirkan agar kita masih sedar diri supaya tidak jauh tersasar..


sufi..
berpada-padalah dan bersederhana.. itulah yang terbaik..