~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Sunday, November 30, 2008

Erti Sebuah C.I.N.T.A.

terhibur dengan telatah anak-anak kecil dan dalam masa yang sama melayan kerenah si cilik bukan hanya untuk melangsaikan tanggungjawab yang perlu kugalas ke bahu tapi sememangnya aku cukup menyenangi kerja ini.. biarpun seorang teman pernah membangkang apabila aku nekad melepaskan jawatan sebagai tutor/pensyarah di sebuah kolej swasta hanya untuk menerima tawaran sebagai seorang guru di sekolah rendah.

kata-katanya yang masih kuingat..

“dah jadi tutor/pensyarah.. kenapa nak pilih cikgu? orang lain makin naik ke atas.. kenapa nak turun pula? kalau dari pensyarah biasa lepas tu jadi prof. madya.. memang la patut. ini.. dah elok jadi pensyarah.. tiba-tiba nak jadi cikgu...”

jawab ku..

“pensyarah, prof. madya atau cikgu.. bidang yang sama.. semuanya untuk mendidik manusia agar benar-benar menjadi manusia. yang penting.. apa yang kita sampaikan.. dapat mereka faham.. terima.. dan ilmu tu dibawa sampai bila-bila.. ke mana pun mereka pergi.. di mana pun mereka berpijak.”

aku sememangnya mencintai kerja ini.. memberikan diriku ketenangan. dari sehari ke sehari menjadikan aku seorang yang lebih sabar menghadapi hari mendatang. benar kata orang.. melakukan kerja yang kita minati akan memberikan kita ketenangan yang menyeronokkan dan bila kita berhadapan dengan kesukaran.. segalanya kelihatan mudah kerana tanggungjawab yang tergalas itu turut digalas dengan rasa cinta yang mendalam..

4 comments:

SHIMI said...

Kamu memang punya jiwa pendidik

AzmaMurni Aziz said...

shimi..
terima kasih.. semoga jiwa pendidik ini tidak pudar dek masa tidak luntur dek cabaran..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik qasih..
1. org lain blh cakap apa sj thdp kita. yg penting-kita lbh tahu & fhm apa yg kita mampu buat (mampu sumbangkn ssuatu..)
2. doa buatmu- smga Allah SWT mbimbing & memimpinmu mjadi guru/pdidik yg bjasa & bjaya kpd ummah.. amiin.

AzmaMurni Aziz said...

abg amal..
kata-kata semangat daripada abg takkan Qasih lupakan.. akan Qasih jadikan panduan untuk hari mendatang.. terima kasih.