~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, November 17, 2008

Kebahagiaan dalam Kehidupan

“Dalam usaha mencari kebahagiaan
kita telah kehilangan segala kebahagiaan yang lain

Kita keluar mencari kehidupan
namun kita telah jauh berpisah dari kehidupan itu sendiri

kita sering keliru..

walhal..

Kebahagiaan itu bukan satu destinasi
tetapi perjalanan itulah kebahagiaan...”


(kata-kata ini ku ambil dari filem yang pernah kutonton.. punya maksud yang begitu mendalam.. tentang kebahagiaan juga kehidupan)

6 comments:

Sufi Idany said...

salam qasih....
pernah terbaca satu ayat yang maknanya lebih kurang macam ni la.... kita akan kehilangan sst utk miliki sst yang kita nak. apa kata Qasih?

ramai jadikan kebahagiaan itu destinasi.... sy pun hingga terlupa pengisian dalam perjalanan menuju destinasi....

AzmaMurni Aziz said...

sufi..
dalam hidup.. kita rasakan kita telah terlalu banyak lakukan pengorbanan demi pengorbanan untuk mencari kebahagiaan juga untuk memberi kehidupan pada insan yang kita sayang..

..dan dalam perjalanan itu kita sering terlupa untuk memberi sedikit kebahagiaan untuk diri sendiri.. kebahagiaan kerana Allah.. dari Allah dan untuk Allah..

kita juga sering isikan perjalanan hidup kita dengan kebahagiaan duniawi hinggakan kita terlupa dan terleka untuk menyusuri kebahagiaan hakiki..

kita sering kalut dalam mencapai kejayaan hidup hingga terkadang jadi begitu resah bila sesekali Allah menguji kita dengan secalit duka.. juga jiwa kita amat mudah tercalar dan rapuh tatkala kebahagiaan yang kita cari.. derita penghujungnya..

kebahagiaan yang sebenar bukan letaknya pada wang ringgit.. ketenangan yang sebenar bukan letaknya pada pencarian kebahagiaan tapi.. kebahagiaan yang sebenar letaknya dalam diri.. dalam jiwa dan dengan apa yang kita yakini..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik Qasih..

sememg prlu bkorban, & ada ktkanya tkorban- dlm pjuangn mdptkn kbhgian..

cuma dlm usha mcari & mraih kbhgian itu, sglany prlu btunjangkn kpd diin-NYA..

*doa buatmu- smga DIA sntiasa memayungi hidupmu dgn rahmat kbrkatn, memimpin & mbimbingmu k jln kbahagian & kredhaan..
amiin.

:)

Kamsiah yusoff said...

bagaimana ukuran kebahagiaan?adakah rm yg menimbun,rumah bagaikan istana,kereta mewah 4,5 biji...
bahagia terletak dihati kita sendiri...org luar tak mampu menilainya..

AzmaMurni Aziz said...

salam abg amal..
perjuangan takkan terhenti selagi hidup ini belum ternoktah.. dan manisnya perjuangan itu juga indahnya pengorbanan itu bila kita lakukannya dengan penuh keikhlasan dengan meyakini segala yang tertulis itu adalah yang terbaik buat kita dari-Nya..


kak kamsiah..
betul tu.. ukuran kebahagiaan letaknya di hati. oleh itu hanya hati yang tahu menilai.. bukan mata yang memandang, kan.. :)

Sufi Idany said...

Qasih....
ingatan utk saya.... terima kasih.... seindah ukhuwah. ingatan tuk langkah seterusnya.... :) syukran...