~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, November 29, 2008

SaHaBaT..

Sahabat
saat kulihat kau menahan segala kesakitan
ingin kukongsikan rasa itu denganmu

Sahabat
tika kulihat air mata di pipimu
kurasakan basahnya di pipiku

Sahabat
tatkala kulihat matamu terpejam
ku tau kau cuba mencari tenang di situ
untuk kau redakan perit sakitmu

Lalu kupejamkan mataku
untuk kurasai getirmu
agar dapat kupinjamkan tenangku
untuk kau redakan resahmu

Sahabat
bila kulihat senyum menari di bibirmu
kurasai bahagia bernyanyi di hatiku
dan saat itu ku tau..
kumasih punya dirimu
untuk kusandarkan piluku
untuk kukongsikan tawaku
bersamamu...

9 comments:

Sufi Idany said...

Sahabat.... indah dengan bahasa yang tersendiri.... suka sgt.... bleh amik tk.... nak gantung kat blog.... huhuhu..

hati saya masih tercalar....

Kamsiah yusoff said...

qasih...dirimu antara 'sahabat' akak di alam cyber ni..:)

KTS said...

kalaula sahabatku sebegini... :(

AzmaMurni Aziz said...

sufi..
memang indah bila punya sahabat yang dapat berkongsi segala rasa dengan penuh ketulusan..


Kak Kamsiah..
akak.. kakak & sahabat yang penuh pengertian.. biarpun tak pernah bersua.. namun sentuhan kasihmu dapat kurasa.. terima kasih kak..


ku tak sempurna..
seorang sahabat yang sebenarnya sahabat memang sukar untuk dicari.. tapi tak mustahil kiranya setiap persahabatan itu kita lapangkan dengan keikhlasan dan kita hiasai dengan kejujuran..

SaDi said...

so sweet poem... :)

SHIMI said...

memang shabat itu amat sedikit bilangannya. Namun kita juga harus ada upaya menjadi sahabat pada yang lain. Dengan izin Nya, kita juga akan punyai sahabat yang baik

AzmaMurni Aziz said...

sadi.. terima kasih.. :)


shimi.. kata-kata yang menarik untuk dijadikan ingatan..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..

puisi yg baik..

ada mesej tersirat di balik kalimat yg tersurat..

*smga dik qasih dpt mlahirkn bnyk karya utk manfaat pbaca..

AzmaMurni Aziz said...

salam abg amal..
terima kasih kerana sentiasa memberikan dorongan :)