~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Wednesday, December 24, 2008

Berbicara Tentang Hidup


Kata pujangga
hidup suatu hakikat
katanya..
hidup perlukan pengorbanan
tapi kata bijaksana
hidup suatu cabaran
ke arah realiti yang nyata.

Di sana pendita berhujah
hidup satu penentuan
menuju jalan yang kekal.

Dalam senyuman
seorang bapa berbicara
tentang pahit sebuah kehidupan
katanya..
hidup umpama hempedu
namun
di baliknya terhias setitis madu.

Dan di sini
seorang aku terdiam
dalam bicara sunyi
dingin bersama
dakapan si ibu tua.


2 comments:

ryann said...

hidup tetap harus dilalui

Qasih said...

benar ryann..

hidup mesti diteruskan. biar patah sayap bertongkatkan paruh.. hidup harus diteruskan..