~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, December 15, 2008

Lakaran Kehidupan


Kata orang:
melakar hidup tak semudah
menarikan mata pena.

Lakaran hidup
berliku
bersilang
beronak
beranjau.

Adakala menagih
adakala menuntut
adakala memberi
adakala menerima.

7 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam hormat buatmu dik qasih..

1. kita adalah pelakar kehidupan itu-
dgn 'tangan iman', haluan hidup kita berpedoman.

dgn 'jiwarasa' mulia, rahmat Tuhan mengisi ketenangan.

sebaliknya jika 'biasanrasa' & 'gerak tindak' mungkar & ingkar, terbuka segala lara & sengsara, gelisah & keluhkesah..

2. menggapai sstu matlamat, perlu berkorban, biarpun ada ketikanya terkorban..

mengharapkan cita & cinta, harus tulus memberi selain bersedia menerima..

cuma- segalanya perlu pada waras akal, dan batas susila agama..

*doa buatmu- smga lakaran kehidupanmu mencorakkan kebahagiaan hakiki & abadi..amiin.

naz ilyn said...

Salam...

melakar kehidupan
bagai mewarna pelangi
warna -warni melingkari
mewakili hari-hari dilalui

sekarang cerah
sebentar gelap
sekejap sejuk
seketika panas

oh... bukan mudah
menarilah jejari sesuka hati
dengan pena di jari
lakarlah warna warni berseri
rasa lelah berhenti

Sifu Mirza said...

ya qasih...

kata orang juga..

"mata pena itu lebih tajam dari mata pedang...."

kerana tariannya datang dari hati nurani kita...

bersih hati... bersih tariannya..
kotor hati.... jijik tariannya...

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

melakar hidup
ada kalanya perit
ada kalanya sakit
ada juga tak terlakar
ada juga terlalu tegar...

ryann said...

bangganya hidup walau apa yang mendatang biar pedih peri sekalipun

suara said...

Salam qasih...

Dah namanya lakaran, mana ada yg sempurna. Kan?

Namun ketidaksempurnaan itu akan sempurna jika kita menjadi hamba yang bersyukur. InsyaAllah.

P/s: su rindu qasih. sahabat yg indah sekali bunga bahasanya.

Qasih said...

salam jua buat abg amal..
benarlah.. segalanya perlu berpandu.. antara waras akal dan batas susila agama agar lakaran hidup sesempurna keinginan tidak menyimpang dari landas yang diredhai.


salam naz ilyn..
warna-warni yang merencahkan sebuah kehidupan adakala mampu menjadikan kita tersasar.. adakala menjadikan kita lebih kental. segalanya.. pilihan di tangan kita bukan..?


sifu mirza..
mata pedang mampu melukakan dan meninggalkan parut yang pasti dikenang..

mata pena.. lakarannya membekas di jiwa..meresap nurani


salam al-bima sakti..
lakaran kehidupan kadangkala tak terjangkau oleh mata fikir..


ryann..
alhamdulillah.. sesungguhnya hidup ini indah.. ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan hidup ini lebih sempurna..


suara..
salam rindu juga buat su.. bersyukur dengan segala nikmat dan iradatnya menjadikan lakaran itu lebih indah, kan.. bila setiap kekurangan itu kita jadikan kekuatan.. :)