~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, December 20, 2008

Sebuah Ceritera

Suatu petang..

Bila mata ini kubuka, terbentang di hadapanku.. pulau mimpi yang sering mengunjungi anganku. Dengan ombak yang memutih dan kilau buih-buihnya memukau asyik yang bukan sedikit.

Lalu aku memilih untuk kujelajahi pulau ini seperti dalam lenaku. Sapaan bayu bagai mengajak aku untuk terus membenamkan setiap langkahku ke arah pulau ini yang cukup mempesonakan. Aku jadi leka dengan sentuhan mata yang begitu mengujakan. Kehijauan yang mendamaikan. Tanpa fikir.. kuatur langkah ini satu demi satu...

Dan masa pun beredar..

Aku jadi begitu leka hingga tak kusedar rupanya telah terlalu jauh ku berjalan hingga tiba-tiba deru ombak bagai membisik sedar. Telah lama rupanya aku berkelana. Mengusik angan yang indah.. membelai mimpi tak sudah.

Seketika diri ini jadi begitu lelah.. dan rindu pun bertandang pada sedar yang nyata. Lalu hati berbisik.. aku harus kembali ke pantai itu.

Saat kaki ini kubenamkan kembali ke pantai itu setelah sekian lama.. dan bila kupalingkan semula wajahku ke pulau itu.. aku sedar.. hijaunya belum cukup untuk mengajak tenang. Pandangan mata ini belum cukup untuk menghias damai. Rupanya aku terlalu cepat menilai pada pandang pertama yang tersentuh di mata..

Perhitunganku..

Telah ku bawa laraku ke pulau ini satu ketika dulu. Kini kubawa ia kembali ke pulau mimpi ini tapi kali ini dalam lenaku yang jaga.

Dulunya.. beberapa kali aku hampir lemas sendiri di pantai itu yang bernama kehidupan. Ketika itu aku cuba mencari dan mengharapkan agar ada ranting-ranting ketabahan dan dahan-dahan kesabaran yang dibawa arus untuk ku berpaut. Setelah beberapa kali kutelan dan kuminum kemasinan air di pantai itu, akhirnya kutemui apa yang kucari selama ini.. mutiara kehidupan.

Dan di pulau mimpi ini aku miliki segala-galanya yang bernama ilusi. Tapi mutiara yang kugengggam kini tak mungkin lagi menjemput lena yang panjang hanya untuk merealitikan sebuah ilusi.. kerana di dalamnya tersimpan sebuah pengalaman yang disulami dengan jalur-jalur kematangan. Diwarnai dengan kasih sayang yang terlalu putih untuk dikotori. Terlalu sukar untuk dicari lagi warna sebegini dalam hidup hari ini...

7 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

1. cantik sungguh olahan 'ceritera' mu, dik. tpesona dgn susunan kalimat2 yg menarik itu.. mendalam sungguh apa yg ingin disampaikn itu..

abg kematian idea utk beri komen!

2. smga dik qasih bjaya mjadi sorg pnulis- tdk kirala s/ada pnulis nvl @ cerpen dll.. (abg doakn!)

:)

naz ilyn said...

Salam...

desiran ombak mengalun lagu
hijau saujana memandang
kilauan pasir bagaikan menunggu
membenam langkahku ke dasarmu
hanya igauan malam
terlena dibuai asyiknya
tersedar sebelum tengelam
kini ku temui apa yang ku cari
sebuah daerah yang bukan ilusi
memberiku penghidupan yang hakiki.

ryann said...

saya sokong abang amal. saya kagum dengan penulis yang cantik gubahan penulisannya seperti qasih.

Am said...

Ramai doakan tu kasih, boleh memulakan langkah untuk menulis novel atau sekurang-kurangnya cerpen.

AL-BIMA SAKTI said...

sesekali ke pulau mimpi
mengutip riak-riak ilusi
melarik kaca menjadi baiduri
tp sayang tak termetri realiti...

Sifu Mirza said...

qasih...

lonjakkan bakat ini lebih jauh lagi..
insya Allah awak berjaya...

:-)

Qasih said...

abg amal..
terima kasih kerana sentiasa memberikan dorongan...


naz ilyn..
berpijak pada ilusi hanya akan memberikan gembira tapi seketika cuma..
berpegang pada realiti akan mejadikan kita seorang yang mampu menerima segla yang mendatang.


ryann..
Qasih sedang belajar berjalan selepas bertatih dalam dunia penulisan ni. doakan Qasih ye..


Am..
InsyaAllah.. akan Qasih teruskan...


al-bima sakti..
indahnya bait-bait tu.. sememangnya realiti dan ilusi tak mungkin bersatu.


sifu mirza..
dengan sokongan semua.. insyaAllah.. Qasih takkan berhenti hanya di sini..