~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, January 26, 2009

Aku ingin Diam...


Telah lama kugenggam hati itu. Kesakitan ini juga telah lama kupendam. Kini lukanya kian berdarah. Calarnya kian memerah. Telah lama kumiliki hati ini. Perjalanan lapan tahun yang penuh pedih. Hari ini kulepaskan hati itu pada rasa yang bukan milikku lagi. Aku ingin diam.. diam.. diam.. kerana aku telah terlalu lelah. Aku ingin diam dalam sunyi.. sepi.. sendiri... aku ingin diam dalam pedih yang kian mencalar rasa...


5 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik qasih..

stiap suratan-NYA, ada hikmah yg tsirat..

mleraikn suatu hubungn yg tlh lama tjalin, biarpun pahit & sakit, ttpi jk itu yg tbaik, rela & redha la..

yakini dgn ksh syg-NYA yg akn mganti yg tbaik buatmu..

*didoakn smga kbahagian hakiki akn btamu jua d segenap ruang nuranimu..

(oops! abg tsilap komen ka..?!
maaf ya..)

Sifu Mirza said...

bijak pandai berkata...

untuk merasa kenikmatan kasih sayang, kita perlu berkorban...

untuk merasa berada dalam rahmatNya, kita semestinya harus berada di dalam genggamanNya..

AzmaMurni Aziz said...

salam abg amal..

benarlah kata abg.. kadangkala yang pahit dan perit itu.. mungkin itulah yang terbaik untuk kita kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

mungkin segalanya belum jelas di pandangan tapi pastinya Dia hanya menjanjikan yang terbaik untuk kita,kan. yang perlu kita lakukan hanya yakin dengan kasih sayang-Nya.. benarlah...

===================================

sifu mirza..

terima kasih untuk ingatan yang cukup bermakna..

naz ilyn said...

salam...

silau panahan mentari
namun memberi seribu erti
hangat tubuh membakar diri
itu tak kau perduli
biar seisi alam merasai
pancaran cahaya menerangi
tetap setia pada yang hakiki
tidak pernah mungkir janji
tepat pada waktu setiap hari
dengan bulan tidak pernah mendengki
hanya diam... walau musnah diri sendiri

Sufi Idany said...

Qasih, sudah lama aku bisu dan berdiam diri...kerana ada ketikanya berdiam itu lebih baik dari berkata walau sepatah. biarkan hati terus membisu dari membuka ruang utk dirobek dan dicalar luka....