~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, January 3, 2009

Cara Kita BeRbEzA

Hari ini aku menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Aku gemar melihat gelagat manusia. Aku bukanlah pentafsir tapi sekadar memerhati.. kerana dari situlah minda hayalku mampu menterjemahkannya ke dalam bait-bait kata. Kerana itu juga nota kecil dan sebatang pen sering menemani diriku ke mana sahaja aku melangkah.

Seketika menjadi pemerhati, minda sedarku bagai membawa diriku pada tanggal 31 Disember yang lalu.Aku menerima panggilan daripada seorang teman.. bertanyakan rutinku untuk hari itu. Tanpa berfikir panjang, aku memberitahunya tentang apa yang telah kurencanakan seawal petang. Perbualan kami terhenti di situ dan aku meneruskan kerjaku.. dengan caraku.

Menatap kaca televisyen pada malamnya.. baru kusedar.. ke mana arahnya pertanyaan temanku itu. Aku jadi lupa.. benar-benar lupa pada tarikh yang ditunggu-tunggu.. mungkin oleh semua orang. Detik yang dinanti-nantikan untuk menyemai azam baru walhal tekad yang lama belum pun terlangsai.

..dan aku.. kukira masih belum terlambat untuk aku mengajak temanku itu bersantai menantikan kemeriahan sambutan malam tahun baru. Namun aku tetap berdiam di situ. Dalam ruangku sendiri. Tanpa kembali menghubungi temanku itu kerana.. cara kami mungkin berbeza.

Mungkin juga aku terlupa tentang malam itu kerana bagiku.. sambutan tahun baru telah pun berlalu pada tanggal 1 Muharram 1430 yang lalu. Telah kusemai azam. Telah kutanam tekad dan telah ku muhasabahkan diri ini dalam redha dan kasih-Nya.

Lalu dari jendela rumah kecilku pada detik menghampiri 12 malam.. kulihat warna-warni bunga-bunga dari percikan api yang menghias pekat malam. Dapat kubayangkan keriangan dan kemeriahan yang berlangsung di sana. Tapi saat lekaku merenung gemerlap cahaya itu, hati dan minda ini berbicara.. di sana.. di sudut yang lain berbumbungkan langit yang sama.. dentumannya memecah angkasa tapi disambut dengan rasa yang berbeza.

Di sini..
dentuman dan gemerlap itu disambut dengan sorak gembira dan tawa ria.

Di sana..
dentuman bergema hanya debar menghias rasa.


Di sini..
luruh maruah tercalar oleh leka tak sudah.


Di sana..
derai air mata tumpah tatkala kekejaman menghiris maruah bangsa.


Sememangnya cara kita berbeza...






9 comments:

KTS said...

di sini,
masih tidur... masih dalam gebar

di sana,
sudah lama jaga...

di sini,
suka..

di sana,
duka...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik qasih..

hanya insan yg benar2 sedar akan pderitaan org lain, tdk akan sanggup bsuka ria di kala d tmpt lain ada yg lara & sengsara..

biarkn 'mereka dgn cara mereka', krna abg setuju- "cari kita berbeza"..

salam hormat buatmu..
:)

SHIMI said...

Moga kita tidak terus leka

Sifu Mirza said...

kata orang manusia itu semua serupa tetapi tidak sama...

mungkin serupa dari gelora nafsinya..
dan tidak sama dari dalam imannya..

rambut sama hitam..
hati lain lain..

dunia mereka dunia mereka..
dunia kita dunia kita..

sesekali dunia mereka dan dunia kita bertembung...

naz ilyn said...

salam...

bukan cara saja berbeza
tapi punyai cerita berbeza juga
sama tapi tak serupa
serupa berlainan rasa
yang pasti di bawah langit yang sama

suara said...

Salam qasih...

Di sini atau disana, kita dibawah langit yang sama. Angkatlah tangan, pohonlah doa, agar Allah lindungi mereka, saudara kita.

SaifulBashrie said...

betul tu kak,
cara "kita" mmg berbeda...

Anonymous said...

Sedih betul melihat kekejaman mereka kan, meyumpah dalam hati Am dibuatnya.

AzmaMurni Aziz said...

kts,
di sini atau di sana.. kita di bawah langit yang sama.. seharusnya punya rasa yang sama kerana kita sama manusia...


abg amal,
sememangnya "cara kita berbeza" walau darah yang dialirkan punya warna yang sama.


shimi,
ya.. semoga kita tidak terus leka..


sifu mirza,
serupa tapi tak sama.. kerana itulah kita punya hati tapi kadangkala kita tidak punya rasa...


naz ilyn,
perbezaan itulah yang meletakkan di mana kita sebenarnya.. seorang insan.. manusia.. atau siapa..?


bash,
memang berbeda...


Am,
memang sedih Am.. begitulah bila manusia tidak lagi punya jiwa...