~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Thursday, January 15, 2009

Sekadar Ingatan


Ada kalanya menerima segala ketentuan itu tanpa mempersoalkannya adalah lebih baik daripada mempersoalkan segalanya tanpa mengambil sebarang tindakan. Apa yang telah tersurat tetap akan terlestari tapi sebagai manusia kita harus sentiasa beringat.. sesungguhnya segala yang tersirat itu ada masa-masanya adalah di luar daripada jangkauan fikir kita.


Namun.. Dia tidak pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak termampu oleh kita kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui sekental mana ketabahan diri kita. Lalu sebagai hamba-Nya yang tidak terlepas daripada khilaf.. menerima seadanya adalah lebih baik daripada mencari kesalahan orang lain yang akhirnya akan kembali kepada diri kita sendiri.

Dan.. sesekali cerminlah diri pada wajah peribadi...


3 comments:

naz ilyn said...

salam...

sebab tu kita kena berlapang dada menerima segala yang telah ditentukanNya... kerana segalanya telah tertulis pastinya Allah tidak pernah menzalimi hambanya...

.K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

salam perkenalan

seronok baca yr blog ..
hope tak kisah kalau exchange link kan

Qasih said...

salam naz ilyn,
semoga kita tidak tersasar dari landasan iman dan menerima segalanya dengan penuh redha.


kite punya,
salam ukhuwah. terima kasih kerana sudi menyelami tinta Qasih. exchange link.. silakan :)