~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Thursday, January 1, 2009

..Sepi..

Merenung hari-hari semalam yang telah ditinggalkan.
Ada sepi bertandang.
Ada amarah membelit
dan ada rindu membara.

Sepi.. yang telah lama berjalan seiring seusia diri. Sepi menjenguk ruang peribadi dengan makna yang mendalam. Sepi yang kian sukar untuk dirungkai dengan bait kata-kata. Juga sepi yang memberikan sedikit kekuatan dan semusim ketenangan. Sesungguhnya sepi itu indah. Seindah kasih Ilahi.

3 comments:

ku tak sempurna said...

sepi memang indah...

tapi adakalanya, sepi dan sunyi ... aku benci...

:D selamat berhijrah

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik Qasih..

"Sepi mengajar erti kasih sayang..
sepi meluang ruang muhasabah..
sepi mendidik nurani tabah hadapi segala gundah..
dan seharusnya sepi mendekatkan kita kepada al-Khalik.."

Selamat Berhijrah..
Semoga hidupmu sepanjang 2009 lebih bermakna..

:D

Qasih said...

kts.. sepi indah dalam bahasanya sendiri.

salam abg amal.. sepi adalah bahasa yang mampu difahami oleh semua hati dan jiwa,kan.