~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, March 30, 2009

Bukan Pilihan Terakhir


Seorang ibu pernah menyuarakan kebimbangannya kepadaku kerana anaknya seakan sudah hilang minat untuk belajar. Setiap hari pasti ada sahaja alasan yang mampu difikirkan untuk menyelinap keluar dari kelas. Tujuannya hanya untuk menelefon bonda meminta dijemput dengan seribu satu alasan.

Kutekuni setiap kata si ibu dan kubaca baris-baris harapan yang dilontarkan dari bibir seorang ibu. Kurangkai dan jalinkan setiap kata-kata dan harapan itu untuk kulebih memahami...

Bersama si anak.. kucuba selami jiwanya. Kudekati hatinya, kusentuh rasanya dan kuikuti getar resahnya. Kutekuni si anak sebagai seorang kawan dan kupimpinnya sebagai seorang guru.

Tidak lama.. seminggu kemudian kulihat perubahan yang membuatkan hati ini menguntum senyum. Belum sempat ku berdiri dari duduk, si anak telah siap di depanku bertanyakan apa yang ingin kuajar hari itu. Kadangkala seawal pagi sesampaiku di bilik, dia terus menemuiku bertanyakan kerja yang ingin kuberikan atau buku yang akan kugunakan. Di dalam kelas juga sikapnya tidak lagi seperti dulu yang sering mengadu kesakitan.

Untuk semuanya.. aku hanya mampu memanjatkan syukurku pada-Nya...

Kupilih amanah ini bukan kerana ini jalan yang terakhir terpaksa akur kuterima. Kupilih tanggungjawab ini yang kini kugalas ke bahuku atas rasa kagumku tehadap arwah mak ngah, seorang guru yang telah mendidik ramai insan.

Sedari dulu, apabila ditanya tentang hala tuju dan matlamat hidup, jawapanku hanya satu.. aku ingin mendidik. Aku ingin memanusiakan sekurang-kurangnya seorang manusia. Wahai.. terlalu tinggi rasanya cita-cita itu tapi aku berpegang pada prinsip.. tiada yang mustahil selagi kita bernafas!


7 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
kena caranya,
akan selesai masalahnya.

air titis demi titis bisa melekukkan batu....

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam adikku qasih..

alhamdulillah,
niat tulus mdidik, psti mhasilkn kesan yg baik kpd insan yg dididik itu.

dgn ilmu pedagogi n psikologi yg dibekalkn sblm bgelar guru, sememg prlu dmanfaatkn utk mharap natijah yg baik.

-doaku, smga dik qasih dipimpini-NYA mjadi pdidik tbaik.
amiin.

suara said...

Salam qasih...

Moga Allah mengurniakan lebih ramai pendidik yg berhati mulia dan bersemangat seperti mu.

Sungguh, su rasa cemburu kerana kau punya lebih banyak peluang untuk membentuk mereka. Hadiahkan mereka pedang dan perisai aqidah, agar hidup dan hati mereka lebih gagah dan terjaga.

Marissa said...

Mengagumkan. Jujur, saya amat mengagumi seorang pendidik seperti ini. Bicara setulus Cikgu Jimi. Pendidik yang bukan sekadar berkerja, tetapi melaksanakan tugas utk benar mendidik.

Qasih, saya sebenarnya tidak sekuat insan seperti Qasih, biarpun hati begitu meronta mahu menjadi seperti Ayah saya, menjadi seorang Tokoh Guru, Guru Contoh sepertinya.

Qasih, saya sentiasa mendoakan cita-cita Qasih memanusiakan anak bangsa masih kekal utuh, kerana Malaysia memerlukan lebih ramai insan seprti Qasih ini.

Balasan ini, hanya Allah yang mampu membalasnya.

ryann said...

qasih ikhlas. yang datang akan lebih baik

naz ilyn said...

salam...
sesuatu perbuatan yang bersulam dengan keikhlasan insyaAllah akan nampak keberhasilannya...

Qasih said...

al-bima sakti..

ya, bila kena caranya.. hati yang keras akan menjadi lembut.

===================================

abg amal..

doakan Qasih agar tetap di jalan ini.. doakan Qasih agar tidak rebah dalam perjuangan.. dengan izin-Nya.

===================================

suara..

su.. kita semua adalh pendidik yang akan terus sentiasa mendidik dalam apa jua situasi dan walau di mana saja kita berada..

===================================

marissa..

seseorang itu tidak perlu menjadi seorang guru untuk mendidik kerana guru ada di dalam diri dan jiwa setiap dari kita. bila kita mengambil langkah untuk menegur atau saling mengingati... di situlah wujudnya hati seorang guru.. yang sebenar.

===================================

ryann..

doakan Qasih agar mampu merealitikan sebuah cita..

===================================

nazilyn.. insyaAllah...