~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, March 7, 2009

HaKiKaT


Sederap kali melangkah

sedetik masa beredar
pada wajar bertanya
pada hati dan hakiki
satu perjalanan
yang menagih
pasrah dan redha
dalam cantuman
akal dan fikir.

Tika bangkit dari lena
berbisik dalam sedar
kematangan bukan harta
yang mampu dipusakai
juga bukan nama
yang mampu diwarisi.


4 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam kangen buatmu dik..
:D

seronok, kmbali mnatap karyamu..
:)

teruskn mengasah & mengasuh penanurani mu, agar btambah bungakarya di persada ingatan..
:D

*smga dik trus bjaya mhasilkn puisi dsb..
:)

Kamsiah yusoff said...

selamat menyambut maulidur rasul qasih...

AzmaMurni Aziz said...

salam abg am..

Qasih akan terus berkarya kerana hanya melalui karya Qasih mampu meluahkan apa yang tak mampu diucap.. Insyaallah.. doakan Qasih ye.. agar tinta ini akan terus melakar kata, agar ilham akan sentiasa berganding seiring pena yang ditarikan..
====================================
kak kamsiah..

selamat menyambut maulidur rasul juga buat akak sekeluarga :)

naz ilyn said...

salam...
kemantangan adalah kitab yang tiada dijual di mana-mana... hanya diri yang melalui perjalanan yang jauh akan dapat memiliki.