~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, March 23, 2009

Tiada Lakaran Seindah Lakaran Takdir


Kehilangan...

Entah mengapa.. terasa kehilangan begitu dekat menghampiri. Terasa diri jauh dari segala. Hari-hari yang telah berlalu dan ditinggalkan.. seakan saat itu telah begitu lama berlalu. Dan aku.. serasa baru sedetik cuma membuka mata, menyedari aku sendirian.. di sini.

Seketika terasa diri ini berada di gurun yang amat luas. Segalanya dilihat tidak punya beza. Semuanya sama. Pandangku ke kanan, kiri, depan dan belakang.. semuanya sama. Diri ini terkaku di situ. Hilang arah untuk terus memilih langkah.

Benarlah seperti apa yang sering dibualkan. Sakit menjadikan kita lebih dekat pada-Nya. Kesusahan menjadikan kita lebih hampir dengan-Nya. Kedukaan menjadikan kita sentiasa ingin mendampingi-Nya. Dan kesendirian ini menjadikan diriku begitu mencintai-Nya.

Mendambakan kasih manusia kadangkala menjadikan kita lupa. Menginginkan cinta manusia senantiasa menjadikan kita alpa. Lalu apabila kehilangan menghampiri, resah begitu menghantui dan gelisah sering menemani. Betapa rapuhnya jiwa bila berhadapan dengan kehilangan walaupun kita tahu.. kehilangan adalah pasti bagi yang bernyawa.

Namun lumrah manusia yang dijadikan jauh dari kesempurnaan, tidak akan mampu berdiri sendiri dalam lautan kehidupan. Juga tiada daya untuk menentang badai ujian sendirian. Lalu apakah yang harus kukatakan apabila aku harus dan masih sendiri merentas perjalanan usia? Salahkah kiranya ketenangan itu kutemui dengan cara ini? Selebihnya kuserahkan pada Dia Yang Maha Mengetahui dalam menentukan lakaran hidupku.. kerana kuyakini.. tiada lakaran seindah lakaran takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.


2 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik qasih..
smga DIA sntiasa djadikn temanmu d kala sepi..

hanya insan yg akur pd suratan takdir, tidak sesekali mengeluh dgn nasibnya..

hanya insan yg myakini ksh syg-NYA, akan sntiasa bsikap redha dgn sgla yg dlalui..

kita mgkin tdk dpt apa yg kita mahukn, sbb DIA lbh mgetahui apa yg tbaik utk kita..

kita mgkin tdk mcapai apa yg kita impikn, sbb DIA lbh bijak mgatur knyataan mganti impian..

smga sakit & pahit dlm mrakit khidupn, akn mjadikn dik qasih lbh kuat mnempuh sgla gelora & ombak scra bsndirian..

*abg am tetap mdoakn kbhgianmu..

AzmaMurni Aziz said...

salam abg am..

semoga kekuatan yang Dia berikan akan sentiasa menemani Qasih walau di mana dan dalam apa jua situasi yang terpaksa dan bakal Qasih hadapi. terima kasih kerana sentiasa mendoakan..