~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, April 13, 2009

M.E.L.A.Y.U.K.U.

Melalui rentetan sejarah, aku diajar sejak kecil tentang bangsaku Melayu yang tunjang dan akarnya budaya.. bersatunya tidak goyah, perjuangannya tidak mudah rapuh, semangatnya yang kental dan kesetiaannya yang cukup utuh. Aku diulit dengan lagenda silam kepahlawanan terbilang yang tidak ada duanya.

Entah kenapa.. tika aku cuba menelusur bangsaku hari ini.. nyata.. bukan sekadar mimpi.. amat payah rasanya untuk kucari Melayu yang pernah diceriterakan padaku sejak di bangku sekolah. Seakan bangsaku yang semalam hanya wujud pada helaian-helaian buku-buku sejarah yang kian hilang bisanya.

Laluan masa yang berdekad lamanya ternyata seakan merapuhkan semangat yang telah lama tertanam pada bangsaku. Lalu yang tinggal hanyalah kebimbangan yang seakan tidak ada hujungnya. Atau.. mungkinkah sudah tiba pada akhirnya...?

Bangsaku hari ini terlalu cepat melatah walau sekalipun tidak dijentik.
Bangsaku hari ini penuh dengan amarah biarpun bukan pada tempatnya.
Bangsaku hari ini penuh dengan kelantangan biarpun dulunya berkias bicara.
Bangsaku hari ini sudah hilang Melayunya.. sudah habis malunya...

3 comments:

BelalangDewa said...

Qasih.. melayu dulu pernah berperang dan berjuang... jiwa mereka matang.. melayu sekarang anak manja belaian politik wang dan serba serbi curang...

Sheeta dari Laputa said...

:(

Melayu sudah terpengaruh. Anasir telah banyak mempengaruhi perkembangan Melayu zaman ini.

Gusar sekiranya satu masa, Melayu yang tinggal hanya pada Batu Tanda.

Qasih... Maaf.

AzmaMurni Aziz said...

belalangdewa..

memang benar.. melayu hari ini bukan lagi melayu dulu yang mampu berhadapan dengan apa jua yang mendatang. melayu sekarang telah terlalu jauh dari akarnya, terlalu leka mendongak ke langit hingga terlupa untuk sesekali berpijak ke bumi nyata.. menjadikan hitam itu putih dan putih itu hitam sebagai pakaian.

benarlah.. melayu mudah lupa..

==================================

marissa..

kita sependapat.. seperti biasa.. :)