~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, April 20, 2009

Warkah Buat Sahabat


Assalamualaikum wbt..

Kehadapan seorang sahabat yang pernah berkongsi segala rasa. Semoga dirimu dirahmati oleh-Nya walau di mana jua dikau berpijak di bumi Allah ini.

Buatmu sabahat,

Kupinta... maafkanlah kiranya rasamu telah kucalarkan tanpa sedarku. Kupinta sahabat.. maafkanlah diriku kerana tiada niat di hatiku untuk menyentuh amarahmu.

Bertahun kita bina ikatan persahabatan ini.. bertahun jua kita semai rasa percaya. Jua telah lama kita saling berkongsi hari duka dan gembira bersama. Dan hari ini.. yang bertahun itu ternyata masih belum utuh untuk dipertahankan. Dalam sekelipan mata... kebencian yang bermukim di hatimu telah menghancurkan segala tinta indah yang kita lakarkan dalam diari semalam.

Pintaku padamu sahabat.. hanya sebuah kemaafan di atas keterlanjuranku.. di luar sedarku. Pintaku sahabat.. mengertilah... aku hanya manusia biasa yang takkan mampu untuk menghindari kesilapan.

Sahabat.. kiranya di suatu masa nanti.. amarahmu telah dingin dan telah kau buka pintu kemaafan buat sahabat ini.. bisikkanlah padaku tentang kesilapanku itu agar tidak ku ulang untuk kali yang keduanya.. kerana sesungguhnya calar yang berdarah di hatimu turut merobek rasaku.

Lalu hanya satu kupinta... berikanlah kemaafanmu itu sebelum mata ini tertutup.. selamanya...


Dari seorang sahabat.

5 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam adikku..
smga tenang & senang merakit kehidupan..

apapun yg blaku- mgajar kita lbh fhm ttg psahabtn. mdewasakn kita dlm tindakn. mgajar kita lbh cinta pdamaian.. dsb

sikap memohon & memberi maaf, adalah antr yg dianjurkn - demi mnikmati kharmonian..

-smga Allah payungi hidupmu dgn kselamatn, n kbahgiaan.. amiin

MarLadyD said...

persahabatan yg tulus....alangkah indahnya jika ia bersulamkan kejujuran dan keikhlasan.

suara said...

Salam Qasih...
Bagi su, sahabat adalah rezeki untuk kehidupan. Dan dengan itu kita akan terus menjaganya. Seboleh mungkin kita cuba untuk tidak melukai sahabat dgn sengaja.

Namun jika persahabatan itu tak kekal lama, ingatlah bahawa sahabat juga adalah pinjaman Allah kpd kita. Satu ketika Dia akan mengambilnya dari kita, samada hidup atau mati, samada secara terpaksa atau rela.

Qasih said...

salam abg amal..

terima kasih kerana tidak jemu memberi semangat pada Qasih agar lebih kuat menghadapi ujian hidup.. :)

====================================

marladyD..

persahabatan yang tulus memang sukar dicari.. sekali kita genggam, jagalah ia sebaiknya agar tidak terlerai di pertengahan jalan..

==================================

suara..

su.. benar.. segalanya di dunia hanya bersifat pinjaman. sampai masanya akan kembali pada yang hak.

namun.. sementara ianya dipinjamkan pada kita, hargai dan pupuklah ia seindah mungkin. semoga bila ianya tiada, kenangan yang indah itu akan menjadi teman dan sandaran untuk kita meneruskan hidup ini...

BelalangDewa said...

masih belum menerima berita dari sahabat yang hilang..? teruskan mencari... carilah yang baru dengan tidak melupakan yang lama...