~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, May 18, 2009

Dari Mata Qasih.. Tafsir ke Hati.. Renung ke Jiwa...


Catatan : 16 Mei 2009

Berbicara tentang seorang guru.. mungkin punya tafsir berbeda bagi setiap individu. Lantas apabila membuka kembali cerita hari semalam.. minda menyingkap ingatan pada seorang guru yang pernah mengajarku semasa di sekolah rendah. Seorang guru yang sepatutnya mendidik dan menyemai rasa cintaku pada bahasa ibunda tapi sebaliknya telah meletak benci yang tidak bertanda.

Masih segar diingatan bicaranya. Masih terasa jemarinya yang mencubit dan memulas perutku tanpa belas. Masih terasa pijar telinga ini ditarik... segalanya bila diingat kembali hanya kerana aku tidak sempat melangsaikan kerja yang dipinta dalam waktu yang terlalu singkat. Kala itu di hati terdetik.. kalau ditakdirkan aku menjadi seorang guru.. aku tidak ingin menjadi seorang guru sepertinya.

Melangkah ke alam dewasa.. aku ditemukan dengan seorang guru yang amat kukagumi.. Cikgu Narimah. Melaluinya kembali kupupuk cinta itu. Sikapnya.. perhatiannya menjadikan aku diriku sekarang. Satu yang kusemat dalam diri dan dalam setiap doaku.. “Tuhanku, jadikan aku seorang guru seperti dirinya.. yang punya cekal tidak berbelah.. yang punya kental tidak ternoktah.”

Kini.. hari ini aku bergelar seorang guru. Dan tanggal 16 Mei merupakan satu penghargaan kepada insan yang bergelar guru. Menerima hadiah daripada murid-murid mampu membuat hati seorang guru tersenyum. Hadiah itu.. tanda penghargaan dan ingatan dari yang bergelar murid.

Namun
kegembiraan sebenar
yang terlukis di hati seorang guru
ialah apabila guru itu..
mampu mengubah sikap anak didiknya

mampu meletakkan rasa percaya di hati anak didiknya
mampu menyelami hati dan jiwa mereka
bukan sekadar mengherdik, meninggikan suara untuk melunaskan kerja.

Titis kegembiraan yang luruh di hati seorang guru itu apabila..
turut merasai tangis gembira anak didiknya di kala meraih detik kejayaan

jua bukan sekadar kesal yang bertandang..

tatkala anak didiknya bergelut dengan kegagalan

tapi turut merenung kekurangan diri untuk diperbaiki

agar tidak akan ada lagi pedih kecewa
yang terlakar di wajah anak didiknya.

Seorang guru itu
bukan sekadar menghitung hari untuk bercuti

bukan hanya membilang waktu untuk pulang ke rumah
kerana seorang guru itu..

di bahunya tergalas amanah
di tangannya letaknya harapan

satu bangsa.. sebuah negara..

runtuh dan bangunnya..

segalanya bermula dari seorang GURU.



7 comments:

naz ilyn said...

salam...
jika tidak terlambat untuk akak ucapkan Selamat Hari Guru

AzmaMurni Aziz said...

salam kak naz ilyn..

untuk satu ucapan.. tidak akan pernah terlewat... terima kasih.. :)

eeeda said...

Hari ini...semua org memperkatakan pengorbanan seorang guru semakin pudar....krn kerjaya guru pilihan terakhir...apakah ianya benar??? tepuk dada tanya diri sendiri...kita yg tentukan...bangkit lah wahai guru...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam adikku..qasih..
:D

"SELAMAT HARI GURU" -biarpun terlewat ucap, tidak bermakna ingatan telah pudar..

kdg kala, ingatan yg mbuatkn ssorg itu "senyap"..
sebab..? memahami situasi diri yg sibuk dgn tugas dsb..

*abg am juga doakn smga Allah SWT mbimbingmu mjadi guru tbaik kpd anak bangsa, dan setiap bnama insan pelajar..

:)

ryann said...

pasti qasih bisa menjadi guru yang baik

AzmaMurni Aziz said...

eeeda..

sama-samalah kita berdoa agar kerjaya yang mulia ini tetap di tempatnya yang mulia.. dan di dalam hati dan jiwa yang benar-benar mencintainya.. InsyaAllah...

AzmaMurni Aziz said...

salam abg amal..

Selamat hari guru.. :)

====================================

ryann..

terima kasih di atas sebuah keyakinan.. doakan ye..