~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, May 4, 2009

Mencari Mahsuri di Panggung Sari


Catatan : 30 April 2009

Penat yang belum sempat bernafas lega... aku mencuri ruang antaranya untuk merehatkan minda mencari Suri di Langkawi berlatarkan Istana Budaya. Usai menonton.. satu rasa menyelinap dan hati berbisik.. puas!

Walaupun tidak berpeluang memenuhi jemputan ryann disebabkan oleh kesibukan dan tuntutan tugas yang tidak pernah langsai, akhirnya pada malam terakhir kuhadirkan diri ke ruang itu untuk sekali lagi melihat sentuhan ibu Fauziah Nawi.

Untuk mencari sat
u yang sempurna segalanya.. pasti tidak mungkin. Namun menyaksikan Suri yang penuh lagenda hasil sentuhan ibu Fauziah Nawi di Panggung Sari.. hati ini berkata.. memang inilah ibu Fauziah.

Pembukaan tirai dengan paparan peta Langkawi satu idea yang baik namun bagiku adalah lebih cantik kiranya paparan tersebut adalah pengisahan asal-usul Suri yang menjadikan dia seistimewa lagendanya.

Dua babak yang membuai rasa dan hampir mengundang tangis yang titis ke pipi.. pertama tika Suri dipenjarakan. Rayuan sang ayah juga pintaan kemaafan daripada Wan Endah dan iringan lagu hasil sentuhan Iryanda Mulia menjadikan ia sendu berlagu pilu.

Dan sekali lagi rasa ini terbuai oleh babak terakhir tatkala Suri meluahkan kecewanya dengan tutur sumpah pada pulau bertuah itu. Pedih tusukan fitnah dan calar kecewa di jiwa Suri tidak hanya dirasakan di pentas lakon itu tapi turut dikongsi bersama penonton. Pendam luka di hati si ayah yang akhirnya mengundang amuk sebagai protes pada ketidakadilan juga dapat dirasai. Pujian harus diberikan pada Ard Omar, anak didik stefani.

Wan Mahura.. satu watak antagonis yang memainkan peranan yang bukan kecil dalam Lagenda Mahsuri sebenarnya ialah penggerak yang memainkan peranan penting dalam melakarkan lagenda itu sendiri. Tanpa Wan Mahura takkan mungkin wujudnya lagenda yang masih diceriterakan sehingga ke hari ini. Lumrah hukum alam.. hitam dan putih sebenarnya sentiasa saling melengkapi. Sebagai
mana putihnya darah Suri sebegitulah hitamnya hati Mahura. Tanpa hitam dan putih itu.. alam ini takkan tertinta seindah seadanya.




4 comments:

Marissa said...

Qasih...

Saya masih berhutang cacatan Mahsuri ini. Tidka tahu mahu bermula dari mana..

Seperti Qasih yang memuji Ard Omar, saya juga begitu kagum dengan dia. Saya sebenarnya lebih tertumpu mata pada pemain watak dari STEFANI. sesungguhnya mereka tertampil mantap biarpun sekadar membawa watak sampingan.

Sejujurnya, saya lebih cintakan karya stefani yang seperti selalu(haruslah tidak sama, kerana kali ini pentas bangsawan..). Pentas Mahsuri hebat. Rumah Mahsuri seakan yang benar.

Cuma saya sebagai wakil orang Kedah, rasa Mahsuri itu, kurang'Mahsuri'nya.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam adikku..qasih..

satu ulasan yg amat memikat, dgn garapan n olahan yg agak 'puitis'.

abg am ada cari dik qasih mlm pratonton tu, tk btemu.. wpun abg am rasa, blh cam rupa dik qasih..
:)

dgn ryann yg mjemput, lagi la tk tau rupa parasnya..
yg tjmpa-rakan blogger lain (dik kts), wp tk btegur sapa!

mgkin lain kali blh btemu dgn dik qasih pula..
:)

ryann said...

terima kasih qasih, marissa & bang amal hadir hari tu.

marissa, ada cerita di sebalik kurang mahsurinya itu.

Qasih said...

Marissa..

sememangnya rasa kita sama. lakonan anak didik stefanilah yang menyelamatkan mahsuri sebenarnya..

terkilan jugak tak dapat pergi masa pratonton. teringin nak jumpa Marissa...

==================================

abg am..

ada rezeki.. moga lain kali kita berkesempatan bertemu.. insyaAllah..

===================================

ryann..

sama-sama.. :)
jangan serik jemput Qasih ye...