~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Friday, May 29, 2009

Takdir yang tertulis...


“Mungkin ini telah tertakdir dan tertulis dalam rentetan perjalanan hidupku.”

Tanpa sedar hatiku berbisik pada fikir tatkala kususuri jalan yang telah sunyi itu. Ku pandang sekeliling. Dedaun cempaka berguguran dan bunga-bunganya gemalai menghias sekitar setelah disentuh mesra angin.

Aku bahagia di sini. Syukur pada-Mu.. Ya Allah... Getir membawa aku ke sini. Sabar.. memimpinku mendaki tangga-tangga ketenangan.


6 comments:

KTS said...

semoga terus bahagia :D

ryann said...

pun harap qasih terus berbahagia

Sheeta dari Laputa said...

Qasih...

Tanggal 29 inikah tarikhnya? Yeap. Moga sentiasa bahagia dan terus meniti tetangga sejahtera.

Pasti amat bahagia. Mendapat hari keraian guru di bulan ini, dan menyambut hari
lahir juga di bulan May tercinta ini.

Selamat hari lahir yeah, wahai kakanda.

AzmaMurni Aziz said...

kts & ryann..

terima kasih kerana mendoakan.. :)

==================================

Marissa..

bulan yang sama tapi pada tanggal 19..

terima kasih juga untuk ucapan itu, wahai adinda.. ;)

eeeda said...

Kata2 yg tercatat membawa seribu makna...bagi org yg memahami maksud yg tertulis akan sentiasa mendoakanmu....semoga bahagia..

AzmaMurni Aziz said...

eeeda..

ya.. hanya yang memahami akan bisa mengerti.. :)