~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, June 15, 2009

..Mengutip Sunyi..

Usai melakar kenangan bersama keluarga, akhirnya aku kembali ke sini. Ke tempat yang mengajar aku tentang erti sebuah kematangan. Biarpun hanya seketika meninggalkan tempat ini namun rasa rindu itu terlalu menebal dalam diri.

Lalu renungku membawa tanya.. apakah sudah kurang sayangku pada tempat yang melukiskan perjalanan zaman keanakanku? Apakah sudah berkurang cintaku pada tempat kelahiran? Kuselam hati untuk kucari jawab. Yang kutemui.. mungkin di sana yang tersisa hanya kenangan. Manis untuk dikenang, pilu untuk dirindu, pahit untuk ditelan. Segalanya teradun menjadi satu. Dan perjalanan hidup ini harus diteruskan sehingga ke noktahnya.

Adakalanya hati ini bersoal dan pinta akal mahupun waras memberikan jawabnya. Bila menyedari keegoan diri dalam meniti perjalanan usia.. sendiri.. di manakah akhirnya perjalanan ini?


5 comments:

ryann said...

sejauh mana pergi sekalipun, perlu kembali atau kenangkan dari mana asal-usul

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

aslkm dik..

abg stuju dgn ryann..

:)

AzmaMurni Aziz said...

ryann & abg amal...

benar.. sejauhmana pun kaki melangkah, sesekali perlu berpaling dan kembali ke tempat di mana kita bermula...

Sifu Mirza said...

salam qasih..

membaca entri ini membuatkan saya 'terbang' ke zaman dulu-dulu...

:-)

teringat sekitar usia 6 -7 tahun.. semasa bermain di bawah pohon rambutan di depan rumah di kampung..

AzmaMurni Aziz said...

sifu mirza..

kenangan itu indah.. mampu mengundang senyum walau dalam tangis mahupun tawa..