~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Thursday, June 25, 2009

TeMaN JiWa

Tersentuh dengan alunan lagu dan rentak cerita yang begitu meruntun jiwa. Tanpa perlu lafaz bait-bait kata. Tanpa perlu susunan bicara. Cukup dengan bahasa tubuh, pandangan mata dan getar emosi. Terkasima seketika. Tanpa sedar.. titis luruh ke pipi tanpa dapat ditahan-tahan.

Teman jiwa.. setiap orang meletak harap hingga ke akhir hayat. Teman yang memahami. Bersama ketika senang dan tetap teguh setianya di kala dugaan datang menguji.

Namun tika teman jiwa yang setia di sisi tidak lagi mampu menemani, runtunan kesunyian dan hambatan ketakutan akan kesendirian mendepani hari-hari mendatang.. pastinya akan meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam.




3 comments:

Marissa said...

Qasih...

:( Mana dapat video ni... Mendalam. Ini sering didambakan dalam kihidupan kita.. kebahagiaan keakhir hayat.

Saya masih mencari orang yang tepat untuk berkongsi segalanya hingga ke nafas terakhir sebegini...

ryann said...

pernah tertengok sekali video pendek ni di hallmark. memang sebaknya rasa

Qasih said...

Marissa..

Qasih pernah tengok cerita pendek ni beberapa kali di Hallmark. tajuknya 'lullaby'. memang mendalam dan cukup menyentuh rasa..

====================================

ryann..

memang sebakkan.. berapa kalipun tengok, hati ni pasti akan tersentuh..