~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Tuesday, June 30, 2009

..tidak hanya saat tinta ternoktah..

Sedari kecil kita sering disuakan dengan cerita-cerita indah sang putera dan puteri yang berakhir dengan ‘..dan mereka hidup bahagia selama-lamanya’. Lalu kita menerimanya sebagai sesuatu yang indah dan nyata. Kita bawanya ke dalam setiap mimpi dan angan sehinggalah ke satu ketika.. saat kematangan memberikan salam pada kehidupan.

Getir.. payah.. mendepani onar dalam meneruskan kelangsungan hidup telah membangkitkan minda untuk mempersoal, mencari dan mendepani yang bernama hakikat. Lalu apabila ruang kematangan mula mengisi setiap inci dari jasad dan fikir.. hati akan pedih dengan goresan calar yang merobek angan di hujung setiap mimpi zaman keanakan.

Justeru.. sedar dengan lembut, terkadang kasar.. akan menjemput waras untuk kembali membangkit sedar bahawa hidup ini tidak semudah melakar cereka di helaian putih.. kerana yang pasti.. bahagia itu tidak hanya bermula saat tinta ternoktah.

Bahagia itu
letaknya di hati
dari jiwa yang tenang
dalam cinta yang dalam
dari nafas penuh kerinduan
dalam redha yang penuh keikhlasan...

..SUBHANALLAH...


3 comments:

eeeda said...

Mengejar cinta tidak semudah mengejar cita-cita..

Memerlukan banyak pengorbanan kerana melibatkan percaturan dua jiwa yang lahir dari hati yg tulus ikhlas.

MarLadyD said...

bahagia tak semudah yg diimpikan.
cinta adalah kebahagiaan utk selamanya.

Qasih said...

eeeda & marladyD..

kalau cinta semudah menyusun aksara demi aksara, tentu ramai yang telah milikinya..

tapi cinta itu bukan sekadar untuk dikejar..
cinta itu bukan hanya menghitung pengorbanan
tapi cinta itu adalah
persefahaman walau tanpa bicara
pengertian walau tanpa kata
kerana cinta itu adalah
saling melengkapi
saling memberi
dan saling menerima
seadanya...