~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Thursday, July 23, 2009

Meletak Nilai pada Makna Kebahagiaan

Aku pernah ditawarkan “duit tambahan” dengan kerjaya aku sekarang. Bukan sekali tapi berkali-kali. Tapi tetap aku menolaknya tanpa berfikir untuk kali yang kedua. Aku telah dan pernah merasai.. malah dulu aku sering bergelumang dengan kerja.

Pernah satu ketika.. aku tidak tahu erti penat. Aku tidak faham makna bercuti. Apalagi mengisi ruang cuti itu dengan gelak bahagia keluarga dan saudara terdekat. Kutetapkan satu tanda dalam hidup.. yang ingin kugapai. Aku ingin buktikan, aku tetap mampu mencapai apa yang kuinginkan. Sama seperti mereka tapi dengan keringatku sendiri.

Namun hari ini.. aku tetap aku yang dulu. Cuma dengan akal dan fikir yang berbeda. Aku tidak lagi menghabiskan seluruh masaku di ruang kerja. Kuatur dan kususun langkah hidupku dengan lebih bermakna. Juga kupastikan segala amanah yang kugalas tidak akan sekali lagi mencuri ruang peribadi hidupku. Tapi itu tidak bermakna aku mengabaikan tanggungjawab yang telah kutatang sehingga ke hari ini.

Kini aku ingin benar-benar menghargai hidupku. Menikmati setiap inci dan ruang yang masih wujud dengan sebaik-baiknya. Betapa sebenarnya setiap detik dalam hidup adalah amat bermakna.

Benar.. aku tidak mampu berpaling semula apalagi menebus kembali segala masa yang telah berlalu. Biarpun cerita dan geraknya adalah sama tapi ruang waktunya tidak mungkin sama seperti sebelumnya.

Walau apapun, sekurang-kurangnya aku lebih memahami kini. Bukan wang ringgit, kejayaan atau pangkat yang meletakkan nilai pada makna kebahagiaan. Tapi kebahagiaan sebenar.. apabila setiap denyut nadi, setiap getar di dada.. mampu dihayati dan dirasai dengan penuh ketenangan dan keredaan di atas segala yang bakal menanti.


6 comments:

joegrimjow said...

susah nak cari yg sesuai
tmbah2 lagi yg libatkan hati

ooh
smgoge hatiku tenang

BelalangDewa said...

salam Qasih... Sedap bd baca n3 terbaru Qasih tu....

Qasih said...

joegrimjow..

bersederhanalah.. pasti apa yang dicari akan ditemui..

===================================

BelalangDewa...

sekadar meluahkan apa yang dirasa. mungkin boleh dikongsi mana yang baik.. :)

eeeda said...

Kebahagiaan itu kita sendiri yg corak mengikut kehendak kita...Apa yg lebih penting kita bahagia dgn jalan yg dipilih.

Marissa said...

Chaiyuk!

Hati gembira lebih bernilai dari sejuta nilai wangnya...

Manusia bebas mencari ruang gembiranya, selagi basih diarah sempadan agama, kan, Qasih? Selamat mengejar cahaya bahagia, sis!

:)

Qasih said...

eeeda...

betul tu :)

==================================

Marissa..

moga cahaya itu terus bersinar selamanya.. doa untukmu juga.. ;)