~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, July 13, 2009

Ruang.. Lohong.. Seorang Teman

Dia perlu teruskan hidup ini.. sendiri atau berteman.. dia perlu teruskannya kerana hidup ini tidak akan terhenti kala dia mahukannya. Hidup ini akan berterusan seperti masa yang akan terus berdetak tanpa berpaling walau sesaat.

Dia akur. Masa yang telah melangkah jauh darinya tak memungkinkannya mengutip satu-persatu.. kembali. Kesalkah dirinya? Bukankah perkataan itu tidak pernah dia letakkan dalam kamus hidupnya..? Tapi hari ini.. hatinya merasakan satu ruang yang kian bisu. Lohong yang kian dalam seakan tidak terisi dengan sebarang kewujudan.

“Tetapkan impian. Satukan angan. Jadilah apa yang kamu ingin jadi. Tidak ada yang mustahil kecuali..”, tutur seorang teman.

“Hanya kalau Dia tidak mengizinkannya. Pasti sesuatu itu tidak akan berlaku. Pasti!” sambungnya lagi seakan berbisik.

Tika itu dia tidak cukup mendalami kata-kata seorang teman. Baginya.. menuturnya amat mudah. Tidak sesukar melaksanakannya.

“Jangan kamu salahkan takdir. Jangan sesekali kamu salahkan Dia kerana kamu memilih jalan yang telah kamu pilih. Memang segalanya telah Dia tentukan. Waima segala yang tersurat pada mata atau yang tersirat pada akal dan hati. Segalanya dalam pengetahuan Dia. Dia Yang Maha Tahu segala kebaikan yang ingin dilimpahkan padamu dalam kecelaan itu.”

Panjang sekali seorang teman berkata. Yang selama ini membisu dalam diam. Rupanya punya mutiara yang disimpan kemas.

Dia bungkam di situ. Dia tidak punya jalan untuk berpaling. Dia tidak punya arah untuk terus maju ke hadapan. Tapi ketika itu, dia diketemukan dengan seorang teman ini.

Seorang teman yang kunjungnya tidak mampu diingati. Datangnya tidak meletakkan tanda dan perginya tidak pernah dihambat oleh kehilangan. Tapi seorang teman itulah.. hari ini hadirnya bukan hanya telah menyentuh tapi mendakap erat seluruh hidupnya dengan tuturnya yang mengalir telus ke jiwa.



5 comments:

eeeda said...

Teman kadang kala menghiburkan di kala diri kesepian, teman juga boleh jadi racun yg cukup berbisa. Pengalaman adalah teman yg paling setia..

AzmaMurni Aziz said...

eeeda...

.. kerana itulah apabila kita temui seorang teman yang tidak mengharapkan lebih daripada apa yang kita ada.. hargailah dan terimalah dirinya seadanya sebagaimana dia menerima diri kita seadanya.

kadangkala seorang teman yang hanya sekilas singgah dalam hidup kita punya makna yang cukup besar tanpa kita sedari..

oleh itu, hargailah setiap insan yang pernah menyentuh hidup kita. biarpun hadirnya cuma sesaat kerana hanya Dia yang Maha Tahu makna sebuah kehadiran..

secangkir madu merah said...

KITA TAK PERLU MENCARI SEORANG INSAN YANG SEMPURNA UNTUK DIJADIKAN TEMAN SETIA, CUKUPLAH KITA MENGENALI SEORANG INSAN YANG DAPAT MENJADIKAN KITA RASA SEMPURNA APABILA BERSAMANYA

Anonymous said...

salam...
hargailah teman..biar apapun adanya dia.

AzmaMurni Aziz said...

secangkir madu merah..

tepat sekali... :)

===================================

marlady...

ya.. hargai sebelum terlambat..