~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, August 24, 2009

Guris Sendaan


Ketidakselesaan mendepani rakan sekerja atau resah mendepani kebenaran? Masih kucari jawabnya. Segalanya bermula dengan usikan nakal seorang rakan. Akhirnya bertukar menjadi satu sendaan yang kadangkala mampu mengguris dengan cukup halus sekali.

Sikapku menjadi bahan jenaka dan tempat untuk melepaskan tawa. Lalu tanya datang bersoal.. salahkah caraku mendidik..?

Dengan pertimbangan akal dan waras tanpa melibatkan detak rasa, aku cuba mengumpul rasional di sebalik sendaan demi sendaan. Segalanya apabila kudekati setiap anak didikku dengan caraku sendiri.

Tiada lantang amarah, tiada herdik mencerlung.. yang ada hanya kata kususun dengan hemah, hati kusentuh dengan sabar, kuselami dan kutekuni jiwa anak-anak didikku dan kubacakan resah di mata mereka sebagaimana kudendangkan bait-bait ilmu yang membuahkan cinta di hati mereka. Tiada ketakutan di mata mereka untuk bersoal kemusykilan yang bermain di minda.

Aku mampu tersenyum apabila kedegilan anak-anak didikku mampu kulembutkan. Bukan dengan ugut paksa tapi dengan nasihat yang kusentuh ke jiwa mereka. Lalu salahkah caraku mendidik bila ketegasanku bersulamkan kasih? Salahkah caraku apabila amarah itu kusimpan jauh di sudut sabar? Apakah setiap guru itu perlu melemparkan amarah sebagai satu syarat pasti dalam mendidik?

Apakah aku sebagai seorang pendidik telah gagal untuk melaksanakan amanah yang selama ini kutatang hanya kerana aku tidak ingin dikenali sebagai ‘cikgu garang’ yang mampu menggetarkan hati si kecil?

Sendaan itu seakan tidak pernah mahu berhenti walau telah sampai ke titik noktahnya. Hanya kerana aku adalah ‘cikgu yang tidak tahu untuk marah apabila mengajar’. Perlukah kemarahan itu untuk menyemai rasa cinta...?

Satu masa.. aku juga pernah bergelar murid. Pernah ada benci dan juga sayang pada insan yang bergelar guru. Lalu untuk apa aku memilih benci untuk kutanam di hati anak-anak didikku. Bukankah sayang itu lebih indah walaupun aku terpaksa menelan setiap sendaan itu yang tidak mungkin ternoktah.

Biarlah.. aku tetap dengan caraku.




6 comments:

eeeda said...

pendekatan apa sekali pun yg kita gunakan untuk mendidik tidak salah...kejayaan pendekatan itu adalah penentunya.

suara said...

Salam qasih...

Su pernah ada guru yang garang dan ada guru yang baik... guru yang garang tak pulak ada benci menapak di hati. Agaknya bergantung pd penerimaan masing-masing dan ikut situasi jugak lah...

Kita punya pilihan, kan?
Moga pilihan itu adalah baik untuk qasih dan baik untuk anak murid qasih. Baik untuk dunia dan baik untuk akhirat...
Tetapkan hati hanya untuk Allah.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dinda qasih..
smga tenang n senang mgisi pcutian.
:)

01. stiap yg bnama 'guru', pstiny mpyai method/kaedah mdidik yg brbeza. dlm mnangani masalah dsplin or karenah mrd/pljr, ada yg suka cr keras. ada yg suka cr tegas. n tk kurg pula mgunakn pdekatn bhemah, lmbut, nshat n bimbgn..

jk dinda rasa cr itu lbh bkesan n sesuai, so truskn.. usah pduli dgn sendaan n usikn yg kdg kl bisa mguris n myakitkn..

kita lbh tahu mrd/pljr kita.
kita lbh yakin cr n pdekatn yg sesuai utk mrka.
jstru, hrp bsabar, tabah n cekal dgn sgla 'sakat n sakit' itu..

02. mgkin jg sgla sakit pahit yg dtrima drpd rkn2 mu, mampu djadikn bhn utk mu bkarya..
truskn dinda qasih..
abg am doakn kjyn mu..
:)

*slmt mneruskn ibdh di bln pnuh kbrkatn ini..

AzmaMurni Aziz said...

eeeda..

benar sekali.. kejayaan pendekatan itu adalah penentunya.. segalanya.

=================================

suara..

su, kita punya pilihan untuk memilih yang terbaik. Dan kita juga perlukan keyakinan agar dapat melaksanakannya hanya kerana Allah... doakan Qasih ye..

=================================

salam abg am..

selamat bercuti juga untuk abg.

terima kasih kerana sentiasa memberikan nasihat yang amat bermakna. semoga kesabaran, ketabahan dan cekal hati itu akan sentiasa menemani Qasih dalam melaksanakan amanah yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh-Nya.. InsyaAllah...

ryann said...

ikut cara sendiri je qasih. mereka tak de kelebihan macam qasih tu

AzmaMurni Aziz said...

ryann..

a'ah.. cara sendiri, kan. itu yang terbaik. thanks.. ;)