~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Thursday, October 15, 2009

Renung Diri

Untuk kesekian kali,
jemari ini kaku untuk berbicara.
Minda ini kosong untuk terus bercerita.
Masa seakan terhenti.
Hari tidak beranjak.
Detik tidak berdetak.
Dalam diam mungkin berharap..
masa tidak berputar ke depan
atau
berpaling ke belakang..
kembali.


Melihat a
muk alam..
terkadang menyentak sedar.
Merenung alpa manusia..
resah semakin mendekat.
Betapa janji Allah itu pasti.
Lalu getar gentar ini menjadi semakin kalut.
Di manakah tempat diri ini di sisi-Nya..
apabila sesekali alpa menghimpit diri..?





2 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

kerana alpa diri terpedaya
kerana leka iman tergendala.

baiki alpa akan ke pintu cahaya
roboh leka akan rahmat bahagia...

AzmaMurni Aziz said...

al-bima sakti...

indah bait-baitnya.. punya makna yang mendalam buat renungan diri..