~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, November 23, 2009

Hidup.. satu perjalanan

Melewati beberapa khemah dan melihat senyum menghias ruang... ada bahagia di situ. Bahagia untuk satu kehidupan baru. Bahagia untuk satu permulaan baru. Bahagia bila disayangi dan apabila rasa sayang itu berbalas. Segalanya untuk permulaan adalah amat indah. Tapi untuk mengekalkan keindahan itu memerlukan lebih dari sepanjang hidup perkenalan.

Setiap perhubungan mampu saja terbina dari setiap titik yang bernama persahabatan. Satu persahabatan mampu saja menyelami dan mendalami setiap emosi dan tingkah seorang sahabat. Namun sebuah ikatan.. biar seumur hidup tidak akan mampu difahami oleh seluruh jiwa kerana hidup ini adalah satu perjalanan yang amat panjang.



4 comments:

naz ilyn said...

salam... dan titik keserasian itu bukan mustahil untuk digapai....

eeeda said...

Perjalanan akan terisi jika ditemani insan yg disayangi....

kamezaim said...

salam aidiladha juga buat qasih.. aduh,lama nya tak dtg blog ni.. hehe sihat?

AzmaMurni Aziz said...

naz ilyn..

salam kembali.. benar.. titik itu tidak mustahil untuk digapai tapi tidak sesenang membicarakannya..

================================

eeeda..

betul.. perjalanan akan terisi bila ditemani insan tersayang tapi sejauhmanakah ikatan perjalanan itu mampu kita fahami dan pertahankan.. hanya Allah yang Maha Mengetahui..

================================

kamezaim..

salam aidiladha ;).. Qasih, Alhamdulillah..