~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, November 14, 2009

Pilihan yang SaTu

Lama berdiam memberi ruang untuk tugas dilaksanakan terlebih dahulu. Usai segalanya.. cuba meletak kembali diri pada landasan yang akrab.. berbicara pada bait-bait kata, berteman baris-baris ayat yang terbina daripada terjemahan aksara yang sarat di minda.

Aku kembali pada diri.. tinggalkan kepuraan dunia yang tidak pernah lelah bersandiwara.

Memandang wajah-wajah mulus anak-anak kecil itu.. hilang segala penat. Lupa pada masa santai yang telah dikorbankan.. hanya untuk anak-anak itu. Senyuman kecil yang penuh tulus itu mampu menenangkan setiap hati yang resah dan setiap jiwa yang gelisah.

Kalau waktu mampu diputar kembali
kalau pilihan masih di tangan sendiri
biar beribu kali tanya itu bersoal
jawabku tetap satu
biar perit
biar getir
biar sukar
jawabku tetap sama..
biar semalam
biar hari ini
biar esok
biar selamanya
tidak pernah kukesali
kerana memilih amanah ini
biarpun untuk seluruh hidupku...

5 comments:

eeeda said...

Pilihan yg dibuat amat tepat... krn ko amat meminati dgn pilihan yg dibuat...

ryann said...

tak semua sanggup pegang amanah

AzmaMurni Aziz said...

eeeda..

apa sekalipun, pilihan sememangnya di tangan kita bukan..? untuk terus memilih dan mendepaninya atau sebaliknya. apapun pilihan kita pasti ada hikmah yang hanya akan terungkai bila tiba waktunya.. dengan izin-Nya.

=================================

ryann..

amanah itu memikulnya tidak seringan memandangnya. namun apabila kita dapat menerimanya.. kita akan mencintainya.

Ophe said...

setiap tingkah yang beriring ketulusan, pasti datang bersamanya bahagia..

doa kesejahteraan buat kamu... :)

AzmaMurni Aziz said...

Koishie..

InsyaAllah.. doa yang sama buatmu juga.