~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, January 2, 2010

Bicara Sepertiga Malam

Membilang hari-hari semalam.. banyak kenangan yang tertinggal dalam laluan masa. Terkadang tanpa sengaja tak terakam oleh ingatan. Lalu yang tinggal hanya detik kosong yang terkurung dalam memori.

Betapa hidup ini terlalu singkat untuk dikeluhkan dalam simpang-siur kehidupan yang terlalu panjang untuk difikirkan. Hingga terkadang tidak sedar.. masa berlari pergi membawa segala. Dalam sekelipan mata dan seperti sehembus nafas.. setiap langkah hidup yang kita atur dalam separuh kehidupan rupanya tertinggal di belakang begitu sahaja. Tanpa sebarang catatan pada diari hayat yang telah lama tidak tersentuh.

Betapa masa begitu pantas berlari dan kita menjadi begitu lel
ah mengejar. Lalu bila sesekali lena malam terusik oleh sunyi sepertiga malam.. sedar datang mengetuk pintu muhasabah. Tuhanku.. betapa kelalaian itu tidak pernah terlupa untuk mendampingi. Dan betapa sunyi yang berbicara di sepertiga malam ini telah membuka hijab diri satu-persatu.

4 comments:

Din Khudri said...

Jadikanlah Al Quran itu teman yang sentiasa bersama.

eeeda said...

Biarlah tahun 2009 berlalu dgn seribu kenangan.....tahun mendatang 2010 perlu diisi dengan warna keceriaan..

Din Khudri said...

ameeeen doa yang baik tu

Qasih said...

ustz din..

InsyaAllah.. moga leka tidak terus menghambat. terima kasih di atas ingatan.. :)

===================================

eeeda...

InsyaAllah...