~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Sunday, April 18, 2010

Cermin Diri

Melempar pandangan ke luar tingkap, satu pandangan kosong menerjah. Membilang jejak-jejak yang tertinggal di belakang lalu bertanya pada diri.. di manakah letaknya diri ini di dunia di luar sana? Masih adakah yang mengingati atau mengenali kalau tanpa sedar bahu berselisih di mana-mana?

Terkadang serasa dunia di luar sana begitu aneh dan begitu asing sehingga kadangkala memaksa diri mengunci rapat kebebasan itu hanya di ruang ini. Tapi ada masa-masanya sisi lain dalam diri bertanya.. berbaloikah..? Namun de
ngan cepat sedar mengetuk jaga.. segala perjalanan hidup ini yang telah sudah atau akan dilalui telah pun diatur sempurna oleh-Nya.

Pernah satu ketika, bicara fikir yang benar-benar menguasai diri... manakah bahu yang dapat disandarkan duka ini kalau mereka yang disayangi harus menyahut perjanjian yang telah ditentukan?

Saat tinta ini dilakar, titis yang hangat bergenang cuba ditahan agar tidak tumpah. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini sehingga diri ini tidak pa
sti sama ada masih sekuat dahulu atau sebaliknya. Pemergian arwah Tok Wan walaupun telah begitu lama terasa bagai semalam. Kekuatan yang tinggal.. hanyalah nenda dan makcik yang kuanggap bagaikan ibu sendiri.

Semoga ketabahan diri tidak pernah berkurang kerana sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui perjalanan terbaik untuk hamba-Nya.


Ya Allah
Kiranya ingin Kau uji hati ini
Ujilah ia agar lebih dekat dengan-Mu
Kiranya ingin Kau uji hati ini
Ujilah ia agar lebih rindu pada kasih-Mu
Dan kiranya ingin Kau uji hati ini
Ujilah ia agar lebih reda dengan ujian-Mu.

4 comments:

Geb Razali said...

Mungkin sudah tiba masanya Ma mencari bahu baru untuk menjadi penyandar sedih dan gembira? Mereka (dan kita juga) pasti akan pergi jua suatu hari nanti. Moga-moga Ma tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. :p

eeeda said...

Betul tu..sy sokong. tapi hendah mencari bahu yang boleh dibuat penyandar bukan senang.

ryann said...

teruskan kuat

AzmaMurni Aziz said...

Geb..

InsyaAllah.. tidak dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat setiap sesuatu yang telah diatur oleh-Nya.. dan hanya Dia Yang Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita sebagai hamba-Nya...

==================================

eeeda..

ermm.. serahkan pada-Nya kerana Dia lebih mengetahui bahu mana yang boleh kita sandarkan tenang agar dapat diseimbangkan dunia dan akhirat.. InsyaAllah...

==================================

ryann..

terima kasih ryann.. :)