~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, April 26, 2010

hItaM pUtIh

Saat kubawa fikir ini menyelam hitam
mencerna segala mimpi dan realiti
segala rasa dan hakikat
sunyi tidak lagi menjengah
pantas terhambat ruang sesal
betapa hitam putih dalam diri
seakan bersatu dalam diam.

Tika kubawa akal mencari putih
terlindung jauh di balik bayang hitam

sungguh!
titik putih itu tidak pernah tenggelam
walau dalam pekatnya hitam.

Dalam hitam tertitik setitis putih
dalam putih tercalit setitik hitam.

Putih hitam mencari akal fikir
membuka hijab dosa semalam
membentang sejadah pahala

melukis garis sedar
rimbun pelangi itu
bertemunya pada titik hitam dan putih
yang telah ditentukan oleh-Nya.


2 comments:

Din Khudri said...

putih hitam .... putih bagi kita mungkin hitam bagi orang lain. hitam bagi kita mungkin putih bagi orang lain. warna pelangi tu tersorok dalam warna putih.

Qasih said...

hmm.. hitam atau putih.. di tangan kita untuk mencorakkannya.. kita dikurniakan pilihan dalam apa juga situasi. pilihan itu sentiasa ada.. untuk tidak memilih juga adalah satu pilihan..