~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, July 10, 2010

~ Tentang Pilihan ~

Berkira tentang masa lepas dan membilang masa depan membuat malam terasa begitu menghimpit sunyi. Segalanya berjalan pada jalannya. Cuma kadangkala antara ruang-ruang yang tertinggal itu bagai ada kekosongan yang tidak pernah terisi.

Hakikat.. hidup ini tidak mudah. Juga tidak
begitu susah. Cuma ada masanya kita perlukan sedikit keberanian untuk berubah dan melangkah mencari teduhan yang mampu meredakan gusar dan memberikan sedikit tenang. Walau pilihan tentunya di tangan sendiri tapi sedikit berani itu perlu untuk terus melangkah agar tidak dihambat sesal kerana setiap tindak itu pasti beriring dengan risiko yang tidak terjangka.

Lalu soalan yang sama diulang tanya pada diri.. inikah saatnya memilih untuk mencari teduhan lain yang mampu meneduhkan? Atau perlukah ini dinoktahkan di sini dan jadikan teduhan ini hentian yang terakhir? Lalu terus membiarkan diri basah walau dalam renjis gerimis?

2 comments:

suara said...

Memangnya hidup kita selalu berkisar tentang pilihan.

Memilih tak mudah sebenarnya. Kerana pilihan yg dibuat akan meninggalkan jejak yang tak mungkin dapat disapu oleh masa. Ia berbekas, jelas atau kabur. Ia akan terukir, mencorakkan satu gambar yg menjelaskan siapa diri kita.

Selamat membuat pilihan Qasih. Moga Allah memberimu petunjuk untuk laluan yang dipilih.

Qasih said...

Su..

Terima kasih untuk segalanya..

Membuat pilihan memang tidak mudah.
Semoga apa jua pilihan yang tergenggam akan dipermudahkan oleh-Nya. Moga ianya tidak akan membekaskan luka yang mencalar seluruh perjalanan diri.. InsyaAllah...