~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Sunday, October 10, 2010

~ Berpaling SeTiA ~

Satu ketika
kupilih untuk menggenggam setia
kerana kukira
setia itu menghadiahkan bahagia.

Lalu aku tetap kekal di situ
menghulur seluruh jiwa
menelan segala perit dan nanah
yang lukanya berbekas
di hati
dalam pedih yang tak terpandang mata.

Rupanya
tidak semua manis itu
akan bersambut madu

kerana pandang yang berbeza
dan sangka yang tak sudah
kilauan kaca itu
tetap jua menjadi junjungan.

Kini, sedar pada yang nyata
ku memilih melepaskan setia
ku memilih untuk memilih
menjadi cahaya yang menerangi
dan tidak sesekali menjadi dian
berkorban dan terkorban
hilangnya tidak be
rbekas.



2 comments:

suara said...

Salam Qasih...

Hidup manusia penuh dengan pilihan. Selepas memilih pun masih ada pilihan. Namun kita tak tahu pilihan mana yg baik untuk diri, yg baik untuk dunia dan akhirat kita.

Qasih said...

Salam kembali Su..

Memang benar.. hidup manusia bersimpang selirat dengan pilihan. Malah memilih untuk tidak memilih juga adalah satu pilihan. Segalanya.. pilihan yang kita genggam itu digerakkan oleh-Nya yang Maha Mengetahui.. pilihan yang terbaik untuk diri kita..