~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Thursday, November 11, 2010

~ Hari iNi.. ~

Hari ini..
Genang mata seorang guru adalah tumpahan segala jerih dan kasih yang tergalas di bahu atas nama amanah dan tanggungjawab.

Hari ini..
Linang yang luruh di birai mata anak-anak itu adalah lukisan kemanisan sebuah kejayaan yang sering terlakar dalam laungan suara seorang guru.

Hari ini..
Seorang murid mengerti makna kasih yang tersulam dalam tiap amarah yang singgah lewat tutur bicara seorang guru.

Hari ini..
Seorang murid mula memahami erti ketegasan seorang guru bukanlah lontaran kebencian mahupun hukuman semata. Sebaliknya adalah tangan yang membimbing agar tidak terus rebah tanpa sokongan.


4 comments:

eeeda said...

Keikhlasan seorang guru tak perlu dibalas dgn wang ringgit.. kejayaan yg dicapai oleh anak muridnya cukup mengembirakan sehingga menitiskan air mata.

ryann said...

walau sedikit cuma mereka mengerti, itu sangat2 bermakna.

en_me said...

terharu kanns.. tahniah cikgu ittewww..

Qasih said...

eeeda..

betul tu.. melihat anak didik berjaya dan menitiskan air mata kegembiraan.. amat bermakna buat seorang guru. walau sekadar ucapan terima kasih sebagai balasan.. adalah hadiah yang tidak ternilai di hati seorang guru.

------------------------------------

ryann..

benar.. sangat2 dan amat bermakna..

-----------------------------------

en_me..

tkasih me..
terharu.. ya, memang terharu bila mereka datang ucap tkasih berkali-kali, cium tangan sambil menangis. kegembiraan di mata dan wajah mereka berikan satu kepuasan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.. :)