~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Sunday, January 9, 2011

~ Catatan PerTama.. 2011 ~

Telah lama tidak melakar tinta di sini. Terlalu banyak kekangan menyebabkan soal diri perlu diketepikan dahulu buat sementara waktu. Rasa.. minta bicara, namun galas tanggungjawab perlu diletakkan di tempat yang paling atas agar amanah tidak titis di pertengahan.

Lalu detik awal 2011 kubiarkan berlalu begitu sahaja sebagaimana penghujung detik-detik terakhir tahun lalu berlalu dalam sun
yi yang tidak berhujung. Aku kembali mencari warna diri dan mengintai ruang untuk sedaya mengumpul kekuatan agar tahun ini memberikan lebih makna.

Tuhan.. berikan aku kurniaMu agar bahagia itu mendekat..
agar aku tidak lagi menggantung harap pada dahan yang rapuh..

agar bahu yang kusandarkan duka tidak lagi menikam jiwaku dalam diam...


..amiin..


4 comments:

en_me said...

aminn..

ryann said...

abai je kekangan tu :)

BelalangDewa said...

salam Qasih. Lama saya tak ke mari. Apa khabar..?

AzmaMurni Aziz said...

en_me..

tkasih.. :)



ryann..

kalaulah sesenang tu.. pasti segalanya menjadi mudah.. =)



BD..

lama betul tak jenguk2 ke sini,kan.. Qasih.. biasa2 aje. masih Qasih yang sama.