~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, March 28, 2011

~ MuDaH yang PaYaH ~

Petang tadi berkesempatan lagi menonton rancangan Oprah, salah satu daripada rancangan kegemaranku. Berkisah tentang kehidupan seorang pelakon rancangan tv “who’s the boss?” yang kemudian beralih arah menjadi seorang guru dan mengajar bahasa Inggeris.. impian awal yang tersimpan sebelum bergelar pelakon.

Menurutnya, tidak senang sebenarnya untuk menjadi seorang guru apalagi untuk mendidik walau seorang pelajar. Hari pertama ternyata tidak semudah yang disangka. Tanpa skrip dan dialog, nyata sekali begitu payah untuk menarik perhatian
dan minat pelajar agar memberikan sepenuh tumpuan kepadanya. Lalu apabila melihat riak bosan pada wajah pelajarnya, dia seakan hilang semangat. Sebagai lelaki, dia menangis tanpa malu atas kegagalannya itu. Hampir menyerah kalah dengan pelajar-pelajarnya sendiri. Mujur dia cepat sedar dan bulan-bulan seterusnya dia menjadi seorang bapa, seorang teman, juga seorang guru yang cukup digemari.

Ya.. memang benar. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang mampu mendidik dan diingati oleh pelajar. Juga bukan mudah untuk mencuri perhatian mereka agar membidik pandang tepat ke arah suara yang terlontar. Dan bukan juga mudah untuk menerobos minda bawah sedar mereka agar menerima segala lontaran kata menjadi cerita-cerita yang mampu terpahat kukuh dalam akal kefahaman dan minda mereka.

Memang bukan mudah.. hanya yang mempunyai kecekalan, semangat, minat serta kesabaran yang tinggi sahaja yang mampu menjadikan sesuatu yang kelihatan mudah pada anggapan itu sebenarnya bukan mustahil.


3 comments:

Ophe said...

Kerana itulah aku yang tak punya kesabaran besar ini tidak ditakdirkan menjadi guru barangkali.. :)

eeeda said...

Tu lah dah kan... memang sudah tertulis apa kerjaya kita... aku minat tentera.. tak minat cikgu... tapi boleh keluar TUDM masuk cikgu.. kalau sebab gaji... gaji tentera lagi besar.

AzmaMurni Aziz said...

Koishie..

Kita semua adalah guru.. pada seseorang yang lain dalam setiap kehidupan.. :)


eeeda..

apa sekalipun kerja kita yang penting niat,kan. mungkin ramai yang anggap kerjaya seorang guru ni mudah tapi hanya bahu yang menggalas yang lebih mengetahuinya,kan. :)