~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Sunday, March 6, 2011

~ Sandar yang PaTaH ~

Telah acapkali aku menyandar percaya pada yang dipanggil teman. Namun tiap kali itulah percaya itu menjadi lebur tak bernisan. Persahabatan itu menjadi perkuburan kaku tanpa sempat ditalkinkan.

Mungkin aku terlalu menggantung harap. Menyerah segala percaya dan beranggapan hanya dia teman yang aku punya. Sedang dia masih punya teman yang lain dan aku hanyalah antara yang singgah dalam hidupnya.


Mungkin juga kerana itulah.. apabila olah membuat onar dalam hubungan kami.. dia masih punya ruang lain untuk berkongsi cerita dan tawa. Dan aku.. hanya ada diriku.

Pernah aku mengintai-intai nombor-nombor yang masih dalam simpananku, untuk berkongsi sedikit cerita lama sambil meleraikan pintalan rindu.. mungkin. Namun segalanya hampa. Hanya nombor yang tertera.. hanya nombor.

Ternyata tanpa sedar aku melepaskan segala ikatan persahabatan yang pernah kumiliki hanya kerana aku percaya dan yakin.. bahu yang kusandarkan duka dan tawa selama ini tidak akan pernah meninggalkan aku. Benarkah...?

Kugenggam kejap telahanku agar tidak terlepaskan kerana aku tahu.. aku tidak punya kekuatan itu kalau benar saat itu tiba. Ya, kalau pun benar.. aku amat-amat berharap dan berdoa agar apabila tiba saat itu aku telah punya kekuatan untuk menyandarkan segala rasa pada bahuku sendiri. Amat-amat berharap....


3 comments:

Kamsiah said...

salam
berceritalah,mengadulah,menangislah sepuasmu,semahumu..padaNYA yg tak pernah jemu...ygang maha mengetahui dan maha mengerti...

eeeda said...

Patah boleh sembuh kembali.. tapi tak kan sama seperti dulu lagi..

Qasih said...

Kak Kamsiah..

tkasih kak.. doakan Qasih ye.. agar tetap kuat walaupun tanpa sokongan bahu yang pernah disandarkan segala rasa...


eeeda..

benar.. tak mungkin akan sama lagi..