~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Sunday, May 8, 2011

~ DiA ~

Dia.. yang hanya kulihat wajahnya dari potret yang masih tersimpan. Dia.. yang kukenali hanya dari cerita-cerita yang diperdengarkan kepadaku. Dia.. yang pernah kumimpikan kasih dan sentuhannya.. tidak pernah kusesali kerana tidak memilikinya.

Mama.. terima kasih kerana memberikan ‘nafas’ untukku mengenali dunia ini. Sungguh.. begitu besar pengorbananmu. Biarpun jasadmu tidak
tersentuh olehku namun kasihmu tetap kutemui dalam diri setiap yang bergelar ibu. Belaian rindu dan sayangmu tetap setia menyentuh jiwaku melalui jiwa setiap ibu yang kutemui.

Sesungguhnya tidak pernah kurasai berjauhan daripada kasih sayangmu. Tidak pernah walau sekalipun kurasai kehilanganmu kerana dikau senantiasa hadir di sisiku..

..dalam redup mata setiap ibu yang kutemui.
..dalam lembut bicara dari setiap ibu yang kudengari.
..dalam manis setiap senyuman yang terukir di bibir.
..dan dalam setiap sentuhan kasih yang menyelimuti diriku.

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau lebih mengerti walau tanpa bicara. Ya Allah.. tempatkanlah roh ibuku bersama hamba-hambaMu yang Engkau redhai. Dan rahmatilah setiap insan yang telah menyentuh hidupku dan jiwaku dengan kasih seorang ibu.. amiin.



6 comments:

ryann said...

yakin ibu sentiasa bersama qasih. happy hari ibu

AzmaMurni Aziz said...

ryann..

tkasih.. :)

Anonymous said...

begitu menyentuh kalbu...yakinlah, dia sentiasa bersamamu...

AzmaMurni Aziz said...

Anonymous..

terima kasih..

Ophe said...

sama2 kita hadiahkan al-fatihah... mudah2an bonda tenang bersemadi di sana...

AzmaMurni Aziz said...

koishie.. tkasih..