~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Thursday, May 30, 2013

~ Raikan Kesunyian ~

Sunyi itu milikku. Dampingi diriku dengan penuh tawaduk. Tidak pernah menjauh. Tidak pernah meninggalkan. Menemani dengan penuh kesetiaan. Tanpa perlu suara. Tanpa perlu kata-kata.

Kesunyian itu mengajar aku tentang erti kehidupan. Sunyi itu membuka segala hijab, menyingkap khilaf satu per satu.

Raikan kesunyian itu dengan suara tanpa kata-kata. Satu demi satu bagai layar putih setiap cerita yang tak pernah padam kembali diulang tayang. Pedih.. sakit.. segalanya menjadi satu.

Tanggal sembilan belas tahun dua ribu tiga belas akan terpahat selamanya. Raikan dalam deraian yang telah kehilangan segala rasa. Sunyi itu.. bersamanya telah hilang nilai sebuah kemaafan.


~ Qasih ~

2 comments:

Kak Yah said...

syabas! cetusan rasa yg menusuk kalbu .. penuh keinsafan .. teruskan berpuisi!

Qasih said...

KAk Yah.. terima kasih.. sekadar meluahkan apa yang bermain di minda, berbekas di jiwa..