~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Wednesday, December 31, 2014

Bukan yang terakhir..

      

Berbulan lamanya 'taman' ini terbiar sepi. Kesibukan bukan satu alasan. Realiti.. mungkin. Ruang kosong itu sentiasa penuh terisi. Kadangkala sehingga terlupa untuk memberikan ruang untuk diri sendiri. 

Hanya beberapa detik sahaja lagi, satu angka bertambah. Hari ini akan tersimpan dalam lipatan sejarah. Esok.. segalanya masih sama. Benarkah...? Nyata.. hidup ini tidak ada yang pasti. Namun pilihan itu tetap ada. Rancanglah.. tapi sekiranya jalan yang kita pilih itu tidak semudah yang kita rancangkan, teruskanlah perjalanan itu dan yakinlah... sesungguhnya perancangan-Nya itu lebih sempurna. 

DIA tidak hadirkan onak dan duri hanya untuk kita merasa sakitnya. 
DIA tidak datangkan derita hanya untuk kita meratapi pedihnya. 
 Sesungguhnya bahagia itu akan lebih bermakna apabila kita  mengenal derita. 

~ Qasih ~