~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, October 27, 2008

Aduhai.. wahai si kecil..


hari ini aku diam di situ.. memerhati tingkah si kecil pewaris bangsa. lekaku dengan pandangan yang kosong sebelum mataku berbicara dan hatiku berdetak.. apa akan jadi pada mereka.. lima atau sepuluh tahun lagi..? anak-anak itu yang kukenal, kurapati dan kumesrai setiap geraklaku dan tutur mereka.. membuat aku berfikir dan ingin sekali aku cuba mencari perbezaan di antara anak-anak itu dengan anak-anak di luar sana.

anak-anak itu yang kukenal dan kumesrai adalah si kecil yang tidak pernah mengenal erti susah dan payah yang bernama kehidupan. mereka dilahirkan dengan penuh kesenangan dan dilimpahi dengan segala kemewahan.

dengan begitu ramai anak kecil yang kutekuni setiap hari.. hanya tidak sampai separuh daripadanya adalah pewaris bangsaku sendiri.. dan hati kecil ini bagai direntap dan disentap oleh kekecewaan. memang benar bukan semuanya.. tapi yang segelintir itulah membuatkan fikirku bersoal jawab...

“Masih akan kukenalkah bangsaku yang bernama MELAYU sedekad yang mendatang?”

“Masih adakah yang bersemangat Tuah menghunus keris setia dan menjunjung ketuanan Melayu?”


atau


“Masih wujudkah lantang Jebat yang melaungkan amarah keadilan tanpa sedikit pun gentar di hati?”

segalanya.. tak ku punya jawapan...


kesalan yang terguris di hati adakalanya sukar untuk kupadamkan. betapa.. si kecil yang sewajarnya dihikayatkan dengan getir dan sukarnya perjuangan bangsa sendiri untuk utuh berdiri.. tenggelam dalam limpahan kemanjaan yang tak berpenghujung.. sehinggakan tidak mengerti untuk berdiri di atas kaki sendiri kerana segalanya telah siap tersedia tatkala mata dibuka.

aduhai.. wahai..
si kecil pewaris bangsa
bukan salahmu bermandi kemewahan
bukan silapmu dambakan kemanjaan.

aduhai.. wahai..
si kecil pewaris bangsa

moga takkan kau lontarkan kata

“ayah.. ku tak diajar..

bagaimana untuk kuteruskan hidup ini tanpamu..”

“ibu.. ku tak diajar..

bagaimana untuk bernafas tanpa dakapanmu..”
aduhai.. wahai...


5 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik Qasih..
amat MYEDIHKN, jk ibu bp HANYA mcurahkn ksh syg thdp anak2 dgn kmewahn & kmanjaan..

tg/jwb kita, atau sesiapa sj yg myedari isu ini, agar mbantu mbimbing anak2 spt ini utk bljr bdikari, agar dpt mhdapi hr kmdian dgn BETUL..

dik Qasih -antr yg mampu memimpin & mbimbing mrka, insya-Allah..

[marilh kita trus BERUSAHA apa yg tdaya, selain berDOA, agar apa yg dikhuatiri akan blaku itu, tk akan blaku..]

*smga Allah mberimu kekuatn mhadapi sgla pancaroba..amiin.

suara said...

Salam Qasih...
Bila baca ttg anak-anak kini yg tak kenal erti susah, tentang anak-anak kini yg makin 'tertanggal' identiti sbg melayu + muslim/muslimah, su teringat salah satu tulisan Ustaz Hasrizal. Katanya, adakala kita perlu ciptakan sedikit kesusahan buat anak-anak demi untuk mereka faham erti tanggungjawab dan berdiri di atas kaki sendiri.

Kalau anak-anak muda dah biasa senang, sukar utk mereka menjadi manusia yang bersyukur...

Qasih said...

salam abg amal..
semoga kita diberi kekuatan agar mampu memimpin dan membimbing si kecil pewaris bangsa..


suara..
memang sedih bila melihat anak-anak terlalu dimanjakan dan guru-guru diberi amaran agar tidak memberikan sebarang tekanan kepada anak mereka. tugas guru mengajar dan membimbing, bukan mencederakan tapi dengan sikap ibu bapa yang sebegitu sebenarnya meletakkan anak mereka jauh ke belakang dan tidak akan mampu untk menahan cabaran yang mendatang.

six_6pm said...

Huhuhu,,,
Aku cuma mampu aminkan je.. Amin Ya Rabbil A'lamin..
Apapun teruskan usaha murni Qasih..

"Hadapkan keluh kesahmu hanya pada Dia, kerana keluhan pada manusia itu itu kekadang mengundang kepada gundah gulana dan putus asa"

Qasih said...

six_6pm..
terima kasih kerana mendoakan...